Lelaki Malaysia Ditahan Di Indonesia, Sembunyi Dadah Di Sebalik Bengkung

4 Aug 2026 • 7:36 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Lelaki Malaysia Ditahan Di Indonesia, Sembunyi Dadah Di Sebalik Bengkung

JAKARTA, 4 Ogos (Bernama) — Seorang lagi warga Malaysia ditahan kerana disyaki cuba menyeludup hampir satu kilogram syabu dan lebih 1,000 biji pil ekstasi bernilai Rp2.9 bilion (RM658,460) yang disembunyikan di sebalik bengkung ke Indonesia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Jawa Timur.

Komander Pangkalan Udara Tentera Laut Juanda (Lanudal Juanda), Kolonel Henoch Nasarius Virzawan berkata dadah rampasan itu merangkumi 990 gram syabu dan 1,089 biji pil ekstasi yang dibungkus dalam lapan bungkusan.

Beliau berkata pegawai kastam menerima maklumat pada pagi 29 Julai berhubung seorang penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur disyaki membawa bahan terlarang berkenaan.

Pemeriksaan imbasan X-ray pada bagasi suspek berusia 22 tahun itu tidak menemukan sebarang bahan mencurigakan, mendorong pegawai menjalankan pemeriksaan badan yang membongkar kewujudan dadah yang dililit pada badan lelaki itu di sebalik bengkung berwarna hitam.

“Rampasan ini dianggarkan berjaya menyelamatkan kira-kira 6,584 orang daripada menjadi mangsa penyalahgunaan dadah,” katanya menerusi rakaman sidang media yang dikongsi kepada media pada Selasa.

Kes itu berlaku hanya beberapa hari selepas pihak berkuasa Indonesia menahan seorang juruterbang warga Malaysia berusia 39 tahun dalam kes berasingan melibatkan rampasan kira-kira 25 kilogram pil ekstasi di dalam bagasinya setibanya dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Henoch memaklumkan kejayaan tangkapan itu berpunca daripada koordinasi erat antara kawalan keselamatan tentera laut, kastam, imigresen, keselamatan lapangan terbang dan agensi lain di Lapangan Terbang Juanda.

Beliau berkata Tentera Laut Indonesia akan terus mempertingkat kerjasama dengan pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengetatkan kawalan keselamatan sekali gus mengekang penyeludupan dadah melalui laluan udara.

The post Lelaki Malaysia Ditahan Di Indonesia, Sembunyi Dadah Di Sebalik Bengkung appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved