‘Macam Mahu Pergi Ke London,’ Harga Tiket Penerbangan Sehala KL – Tawau RM5k Ini Tarik Perhatian Ramai

17 Apr 2023 • 9:02 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Harga mengalahkan tiket perjalanan ke London

‘Macam Mahu Pergi Ke London,’ Harga Tiket Penerbangan Sehala KL – Tawau Ini Tarik Perhatian Ramai. Jika ada satu perkara yang boleh dipersetujui oleh warga Sabah dan Sarawak ialah harga tiket penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Malaysia Timur pada musim perayaan boleh melambung tinggi kepada harga yang tidak masuk akal.

Seorang warga Sabah menunjukkan perkara ini apabila dia berkongsi screenshot tiket penerbangan sehala sebuah syarikat penerbangan ke Sabah dari Semenanjung Malaysia yang mencecah beribu ringgit, menarik perhatian netizen.

image is not available
‘Macam Mahu Pergi Ke London,’ Harga Tiket Penerbangan Sehala KL – Tawau RM5k Ini Tarik Perhatian Ramai

Pergi ke Tawau sahaja dah makan RM5k

Gambar itu dikongsi individu ini di Facebook baru-baru ini, menunjukkan harga tiket penerbangan sehala ke Tawau, Sabah dari Kuala Lumpur.

Tarikh penerbangan, iaitu 20 April, menyenaraikan harga paling murah iaitu RM1.6k dan paling tinggi ditunjukkan ialah RM5,437 untuk penerbangan pertama yang diandaikan pada hari itu! Perlu diingat, ini hanya penerbangan sehala sahaja tau!

Beberapa tarikh sebelum dan selepas itu juga menunjukkan harga tiket naik mencecah ribuan juga, paling ‘mahal’ sejurus menjelang sambutan Raya.

image is not available
Kredit: Facebook

“Harga mampu tengok,” – netizen

Rata-rata netizen, terutamanya yang sudah biasa dengan perkara ini, umpama ‘pasrah’ melihat harga terbabit.

Sementara itu, ramai warga Sabah seolah-olah menyindir harga tersebut kerana harganya terlampau mahal sehingga melebihi harga melancong ke luar negara.

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Gila punya mahal ni. Tak hairan lah kenapa ramai warga Borneo ni susah nak balik semasa musim perayaan, kesian pula mengenang nasib mereka yang sering menghadapi masalah ini. Semoga sesuatu dapat dibuat untuk mengawal harga tiket penerbangan semasa musim perayaan.

Lagi di sini: