Kota Kinabalu: Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sulaman, Datuk Kalakau Untol, menggesa parti itu keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sekiranya gabungan berkenaan tidak bertanding secara solo dalam pilihan raya negeri akan datang.
“Rakyat Sabah sudah muak dengan permainan politik berterusan yang mengutamakan rundingan gabungan melebihi perjuangan sebenar rakyat. Hari ini, saya menyeru Star membuat keputusan berani untuk keluar daripada GRS,” kata Kalakau, bekas Ahli Parlimen Tuaran, dalam satu kenyataan.
Beliau berkata rakyat sebelum ini berharap GRS berdiri sendiri, namun kini kecewa apabila gabungan itu memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
“Perkara ini menyebabkan ramai penyokong meluahkan rasa marah di media sosial,” katanya sambil memberi amaran bahawa Star berisiko kehilangan sokongan akar umbi.
Menurutnya, rakyat Sabah tidak meletakkan harapan mereka kepada Star hanya untuk melihat parti itu menjadi “aksesori” dalam gabungan yang didorong kepentingan survival politik.
Kalakau turut meluahkan rasa kecewa terhadap pimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menurutnya masih setia kepada gabungan itu, walaupun wujud konflik kepentingan bekerjasama dengan PH dan BN.
Bekas Timbalan Menteri Perburuhan Persekutuan itu menegaskan pendiriannya bahawa perjanjian PH-BN yang dimeterai pada 27 Julai lalu adalah usaha terselindung parti-parti dari Semenanjung untuk menguasai pentadbiran dan sumber ekonomi Sabah.
Beliau mencadangkan sekiranya PBS memilih meninggalkan kerjasama atau gabungan dengan Star, parti itu seharusnya terus bergerak dan merapatkan barisan bersama parti-parti tempatan lain.