BEAUFORT: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Ruslan Muharam menolak kemungkinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bakal ‘dipermainkan’ Pakatan Harapan (PH), jika keduanya bekerjasama pada pilihan raya negeri (PRN17) ini.
Wakil rakyat Lumadan itu berkata, walaupun di peringkat kerajaan persekutuan PH dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama namun dalam konteks Sabah, keikhlasan PH dengan GRS dapat disaksikan dalam Kerajaan GRS-PH Plus.
Menurutnya, PH sudah tentu telah melakukannya lebih awal semasa Langkah Kinabalu lagi, namun sebaliknya berlaku apabila PH lebih memilih mengekalkan pentadbiran Datuk Seri Hajiji Haji Noor berbanding Umno ketika itu.
“Tanpa PH, sudah tentu kerajaan GRS sudah tumbang semasa Langkah Kinabalu, tapi sokongan tujuh kerusi daripada PH ketika itu telah menyelamatkan kerajaan GRS, sekali gus mewujudkan Kerajaan GRS-PH Plus.
“Keikhlasan PH ini yang menjadi asas dan kekuatan kepada GRS untuk meneruskan kerjasama dengan PH pada PRN17 nanti, justeru sebarang kemungkinan kononnya GRS bakal dipermainkan PH tidak mungkin berlaku.
“Sudah tentu akan timbul pelbagai persepsi politik ketika ini, yang bagi saya semuanya sekadar memeriahkan lagi arena politik Sabah di ambang PRN17,” katanya ketika ditemui di Semarak Merdeka 2025 Zon Gadong, di sini, Sabtu.
Beliau mengulas segelintir pemerhati politik yang berpendapat PH kemungkinan tidak akan bersifat ‘neutral’ sekiranya berlaku pertembungan di mana-mana kerusi ditandingi calon GRS dan BN pada PRN17 nanti.
Rata-rata pemerhati politik sepakat bahawa PH berkemungkinan tidak akan menyokong calon GRS, sebaliknya hanya akan memberikan sokongan kepada calon BN.
Kebarangkalian itu timbul susulan rundingan agihan kerusi antara PH dan BN yang dimuktamadkan sebelum ini, sedangkan perbincangan kerjasama GRS dengan PH Sabah masih belum selesai sehingga kini.
Sebelum ini, Hajiji yang juga Pengerusi GRS telah mengumumkan hasrat meneruskan kerjasama dengan PH Sabah bagi PRN17 dan menolak BN susulan cubaan Langkah Kinabalu sebelum ini.
Ruslan, yang juga Ketua PBS Bahagian Lumadan, mengesahkan kerjasama GRS dan PH belum dimuktamadkan dan perbincangan antara kedua belah pihak juga masih berlangsung.
Difahamkan, wujud konflik membabitkan agihan kerusi hingga memerlukan perundingan lebih lama bagi memastikan situasi ‘menang-menang’ untuk kedua-dua gabungan politik itu.
“Apa pun, kita serahkan kepada kebijaksanan kepimpinan GRS memutuskan perkara ini dan saya percaya ia akan dimuktamadkan selepas segalanya dimurnikan dalam masa terdekat,” katanya.