“Kalau Anda Melayu, Undilah Calon Melayu” – Dr Mahathir

Politics
2 Jul 2026 • 2:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi Melayu supaya memilih calon Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya mahu negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu.

Menerusi satu surat terbuka yang dikongsikan di Facebook, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata orang Melayu bakal berdepan dengan pilihan calon dan kesan daripada keputusan tersebut amat besar.

Advertisement

“Kalau kita ingin negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu, undilah calon Melayu tanpa kesetiaan kepada mana-mana parti atau puak NGO (badan bukan kerajaan).

“Siapa dianya calon Melayu. Itu akan diberitahu semasa PRU,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut berpandangan bahawa kesetiaan orang Melayu seharusnya diberikan kepada bangsa Melayu dan bukannya kepada parti politik atau mana-mana kumpulan tertentu.

Menurut beliau, sekiranya kesetiaan itu lebih diberikan kepada parti atau puak tertentu, Tanah Melayu berisiko kehilangan identitinya.

“Tanpa Tanah Melayu, akan hilanglah bangsa Melayu di dunia ini.

“Melayu akan jadi bangsa yang tidak mempunyai negara,” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

asyraf wajdi2026-07-01 10:31:45

Lagi Tiga Bulan Nak SPM, 4 Pelajar MRSM Johor Dibuang, 2 Lagi Digantung Sekolah Susulan Kes Buli - "You Touch You Go"

The post “Kalau Anda Melayu, Undilah Calon Melayu” – Dr Mahathir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved