“Kalau ayah aku…” – Netizen ‘Jealous’ Tengok Cara Ayah Ni Pujuk Anak Sebab Lambat Ambil Dari Sekolah

Entertainment
16 Oct 2024 • 2:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memang jarang sangatlah tengok ayah yang jenis ‘melayan’ anak ni, lebih-lebih lagi kalau yang dah mula bersekolah, selalunya ayah yang kita kenal ini seorang yang tegas dan pasti anak akan kecut perut biarpun si ayah tu tak ada buat apa pun.

Kiranya memang cukup bertuahlah bila dapat ayah seperti Zanie Hashim ini. Menerusi sebuah video, dia telah berkongsi kerenah anaknya merajuk dan telah menarik perhatian netizen sehingga meraih lebih daripada 575K jumlah tontonan dalam masa sehari ia dimuat naik di TikTok.

Video tersebut memperlihatkan anaknya merajuk kerana si ayah ini lewat mengambilnya pulang dari sekolah, si ayah meminta maaf dan menjelaskan yang dia kelewatan kerana kehabisan minyak motor.

Anaknya bagaimanapun terus berjalan kaki sambil si ayah usik dengan menakut-nakutkan anaknya yang sedang berjalan di sebelah kawasan perkuburan. Biarpun dalam keadaan merajuk, anaknya tidak berkeras atau berkasar dengan ayahnya apabila diminta naik motor untuk dihantar pulang.

Namun begitu, selepas beberapa kali cubaan memujuk, si anak akhirnya turutkan pelawaan ayahnya membonceng motor tersebut setelah dipujuk untuk ke kedai.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji sikap penyayang si ayah ini yang memujuk anak dengan cara yang baik dan memberikan penjelasan supaya anaknya faham.

Malah ada juga yang cemburu tengok si anak ini kerana beruntung dapat ayah yang baik berbanding ayah mereka yang tegas sampaikan gerun apabila nampak ayah sendiri.

image is not available image is not available image is not available

image is not available image is not available

Semoga bila anak dah besar nanti dapat bagi layanan yang sama buat ayahnya dan jadi anak yang soleh.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.