Hos podcast Sembang Ohh Yeahh, Iskandar Rahman menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa insiden dirinya dirasuk ketika merakamkan salah satu episod podcast berkenaan hanyalah lakonan atau gimik untuk meraih perhatian.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Iskandar menjelaskan kejadian tersebut langsung tidak pernah dirancang.
AdvertisementView this post on Instagram
Menurutnya, setiap episod podcast kendaliannya dirakam secara spontan tanpa menggunakan sebarang skrip.
“Benda tak ada dalam perancangan. Itu bukan paranormal. Wallahi tak ada niat untuk ke arah tu. Apa Yang berlaku dalam podcast semua raw.”
“Tiada daya dan upaya melainkan semua kehendaknya. Tak pernah sekali pun episod podcast aku yang aku rancang. Semua Raw and real footage,”
Iskandar turut menegaskan reaksi yang dipamerkannya ketika kejadian, termasuk keadaan mata tidak berkelip dan air mata yang mengalir, bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat.

“Agak-agak lah kalau saya nak berlakon pun. Mata tak berkelip and the best part waktu kejadian saya menitiskan air mata bro.”
“Kalau lakonan, saya dah boleh dapat Oscar dah. Korang tengok dan nilai lah sendiri. Kun fayakun,” jelasnya.
Terdahulu, rakaman kejadian ketika sesi podcast tersebut tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Ada yang percaya insiden itu benar-benar berlaku, namun tidak kurang juga yang mendakwa ia sekadar kandungan yang direka bagi meraih tontonan.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika rakaman episod podcast bertajuk ‘Ustaz Syafiq Prai Islamkan Jin Dalam Studio SOY’ baru-baru ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tular Pendaki ‘Berparti’ Di Puncak Bukit, Netizen Tegur Isu Adab Dan Keselamatan - "Patutnya Korang Yang Kena Sorok Dengan Jin!"
The post “Kalau Berlakon, Aku Dah Dapat Oscar Dah” – Hos Podcast Sembang Ohh Yeahh Nafi Berlakon Dirasuk Entiti Paranormal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![Video Hos Sembang Ohh Yeahh ‘Dirasuk’ Sebelum Perawat Spiritual Islamkan Jin Dalam Badannya Cetus Perdebatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/reaction-netizen-podcast-sembang-ohh-yeahh.jpg?t=1784013620)

