Video Hos Sembang Ohh Yeahh ‘Dirasuk’ Sebelum Perawat Spiritual Islamkan Jin Dalam Badannya Cetus Perdebatan [Video]

13 Jul 2026 • 6:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, sebuah episod podcast Sembang Ohh Yeahh dihoskan oleh pempengaruh Iskandar Rahman telah mendapat perhatian ramai selepas terdapatnya unsur-unsur mistik.

Tetamu jemputan pada video kali ini, seorang perawat spiritual, Ustaz Syafiq dari Pusat Rawatan Al-Idrus, Prai telah membawa patung kecil seakan toyol ke dalam studio, yang mana sesiapa sahaja memegangnya akan merasa seperti digigit oleh sesuatu.

Menurut Ustaz Syafiq, dia tidak tahu apakah barangan tersebut namun menyifatkan objek kecil itu sangat rare.

Iskandar Rahman Seperti Dirasuk, Makhlus Halus Kata Ia Bukan Beragama Islam

Jelas perawat spiritual itu, dia dapat merasakan aura yang kuat daripada patung kecil tersebut yang mana ‘benda’ itu mahu memasuki badan manusia. Ustaz itu kemudiannya memberikan bekas kecil berisi patung berkenaan kepada Iskandar.

Tidak lama selepas itu, perawat berkenaan berkata ‘benda’ terbabit mahu memasuki badan hos. Iskandar kemudiannya secara tiba-tiba menjerit ke arah individu-individu yang berada di dalam studio lalu menyilangkan kakinya sambil memandang tajam ke arah Ustaz Syafiq.

Iskandar yang kelihatan seperti dirasuki makhluk halus kemudiannya menjerit berkata, “Ku bukan Islam!”

Patung Dari Nusantara Digunakan Untuk Pemujaan Demi Teruskan Hidup Bukan Untuk Ganggu Orang Lain – Jin

Selepas itu, Ustaz Syafiq memintanya untuk tidak bersikap agresif selain bertanya mengapa ‘dia’ menggigit-gigit orang.

Jelas makhluk tersebut dengan matanya yang terbeliak, dia berasa berang kerana Ustaz Syafiq memegangnya.

“Kau ganggu aku. Kau pegang aku, aku tak ganggu kau,” katanya.

Tambahnya, ia digunakan untuk tujuan kelangsungan kehidupan pemiliknya terdahulu yang berasal dari Nusantara dan bukan untuk mengganggu orang lain.

@podcastsembangohhyeahh

Ustaz Syafiq @Pusat Rawatan Al idrus bawak barang sihir ke studio soy sampai ada entiti yang tumpang badan @IskandarRahman ! Video penuh di YT Sembang Ohh Yeahh #SembangOhhYeahh #podcastmalaysia #fyp #PodcastMY #seram

♬ original sound – SembangOhhYeahh – SembangOhhYeahh

Tonton video penuh [DI SINI].

Ustaz Islamkan Jin Dengan Menyebut 2 Kalimah Syahadah, Hos Dilihat Terus Menangis

Ustaz Syafiq kemudiannya menawarkan untuk membebaskan jin berkenaan dengan syarat dia memeluk Islam.

Tidak menerima sebarang bantahan dari si makluk, Ustaz Syafiq kemudian meminta ia untuk mengikuti lafaz kalimah syahadah berserta maksudnya. Apa yang mengejutkan adalah kelihatan ia menitiskan air mata sejurus selepas sudah mengucap dua kalimah syahadah.

Kata makhluk berkenaan, sebelum ini ia dijamu dan diberikan makan telur, pulut kuning dan ayam hitam sepanjang 25 tahun oleh tuannya yang sudah meninggal dunia.

Jin Berterima Kasih Kepada Perawat Kerana Sudah ‘Bebaskannya’

Jin yang diberikan nama ‘Aminah’ oleh Ustaz Syafiq itu kemudian keluar dari badan Iskandar lalu meminta maaf dan berterima kasih kepada perawat itu kerana ‘membebaskannya’.

Selepas seketika, Iskandar yang terduduk pada sofa sambil kepalanya mendongak ke siling telah kembali pada dirinya yang asal. Jelas Iskandar, dia boleh mendengar segala perbualan antara benda itu dan Ustaz Syafiq namun tidak dapat mengawalnya.

View on Threads

Haram Jika Panggil Jin Masuk Ke Dalam Badan – Pendakwah

Perkongsian ini jelas telah mendapat perhatian ramai netizen di laman Threads.

Namun menurut seorang pendakwah dan penulis buku-buku Fiqh Sirah, Ustaz Yazid Hamka di laman Threads, hukum memanggil jin masuk ke dalam badan seseorang adalah haram.

View on Threads

Mata Iskandar Tak Berkedip Sepanjang ‘Benda’ Dalam Badan – Netizen

Sesetengah individu pula dilihat mempercayai Iskandar dirasuk kerana matanya yang tidak berkedip sepanjang ia berada dalam badan.

“Kesian dia kena kena kurung selama 25 tahun dalam patung dijadikan sebagai pemujaan. Akhirnya ustaz tu bagi bebas. Jinnya menangis ucap terima kasih. Jin perempuan. Orang kata kalau kena rasuk kelopak mata tak berkedip sebab jin tak ada kelopak mata.

Dalam masa sama, ramai juga yang mempetikaikan konten tersebut selain tertanya-tanya adakah ia merupakan satu sketsa (konten) yang sudah dirancang.

Image from: Video Hos Sembang Ohh Yeahh ‘Dirasuk’ Sebelum Perawat Spiritual Islamkan Jin Dalam Badannya Cetus Perdebatan [Video]
Image from: Video Hos Sembang Ohh Yeahh ‘Dirasuk’ Sebelum Perawat Spiritual Islamkan Jin Dalam Badannya Cetus Perdebatan [Video]
Image from: Video Hos Sembang Ohh Yeahh ‘Dirasuk’ Sebelum Perawat Spiritual Islamkan Jin Dalam Badannya Cetus Perdebatan [Video]
Sumber: Threads

Iskandar Rahman Nafi Ia Hanya Satu Lakonan

Walau bagaimanapun, Iskandar menerusi satu hantaran di Threads menafikan dakwaan bahawa ia hanyalah lakonan selain berkata matanya tidak berkedip ketika menitiskan air mata.

View on Threads

Video penuh di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved