Kalau ‘BERUK’, Begitulah Agaknya Rockers Tak Begitu.” - Awie Sound Noh Hujan

Music
5 Oct 2022 • 1:18 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Makin menjadi-jadi pula isu tentang vokalis Hujan ni, ada sahaja isu yang menjadi perhatian netizen. Terbaharu menerusi laporan, vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie menegaskan bahawa penyanyi band rock Malaysia seharusnya memiliki adab yang tinggi serta tidak bersiakap baidab ketika melakukan persembahan.

“Berkenaan isu rockers yang bertindak tidak sopan di atas pentas itu bukan lesen untuk dia carut dan berkelakuan aneh ketika buat persembahan. Rock ini ada kategori-katergorinya, rock punk, rock death metal dan sebagainya.

“Kalau berkelakuan aneh itu siapa? Sebenarnya banyak beza antara bintang rock dengan ‘beruk’. Kalau ‘beruk’, begitulah agaknya. Rockers tak begitu.” ujar Awie.

Malah, Awie juga memberikan nasihat kepada penyanyi band rock di Malaysia supaya tidak terbawa-bawa masalah peribadi ke atas pentas dan sentiasa ingat akan ibu bapa sebelum melakukan sesuatu yang buruk.

Tambahnya, Awie menyatakan pesanan itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu, sebaliknya sekadar peringatan kepada semua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved