‘Kalau Betul Rocker, Tidak Begitu,’ Awie Tegur Noh Salleh Ludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert

5 Oct 2022 • 2:12 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Noh Salleh dilihat ‘meludah’ ke arah penonton semasa sebuah konsert baru-baru ini

‘Kalau Betul Rocker, Tidak Begitu,’ Awie Tegur Noh Salleh Ludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert. Baru-baru ini, netizen tidak berpuas hati dengan Noh Salleh dari kumpulan Hujan yang bertindak ‘tidak profesional’ di atas pentas apabila dirakam ‘meludah’ ke arah penontonnya ketika sebuah konsert.

Insiden ini akhirnya mendapat perhatian penyanyi rock veteran, Datuk Awie dari Wings yang menyatakan bahawa semua kumpulan rock sepatutnya tidak menggunakan status sebagai ‘rocker’ untuk bertindak ‘biadap’ di atas pentas ketika membuat persembahan.

image is not available
‘Kalau Betul Rocker, Tidak Begitu,’ Awie Tegur Noh Salleh Ludah Ke Arah Penonton Semasa Konsert

“Yang berkelakuan aneh itu, rocker atau beruk?” – Awie

Menurut laporan, Awie menyatakan pendapatnya mengenai kejadian tersebut. Mengulas persembahan Noh yang penuh kontroversi baru-baru ini, beliau berkata semua rocker tidak seharusnya bertindak demikian ketika membuat persembahan di atas pentas.

“Rock in ada kategorinya, punk rock, death metal, dan sebagainya. Yang berkelakuan aneh itu, rocker atau beruk? Kalau betul rocker, tidak begitu,”

katanya.

Tambahnya lagi, kebanyakkan band di Malaysia terdiri daripada ahli bangsa Melayu dan “perlu ada adab kerana adab kita sangat tinggi.”

Rock memang ada attitude gempang, tapi jangan ambil yang gempang,”

ulasnya lagi.

image is not available
Noh Salleh ketika sebuah persembahan baru-baru ini, dilihat membuat aksi ‘meludah’ ke arah penonton.

Jangan bawa masalah peribadi di atas pentas

Beliau juga menasihat para vokalis rock di Malaysia agar mengawal emosi dan tidak membawa masalah peribadi mereka ke atas pentas ketika membuat persembahan.

Saya seru kepada semua penyanyi band rock walaupun rock macam mana sekali pun jaga adab, kesian mak ayah kita yang ajar kita mengaji dan adab, kita hancurkan, kesian ibu bapa,”

katanya lagi.

image is not available
Awie, vokalis Wings, ketika persembahan. Sumber: Kosmo

Ulasnya lagi, vokalis berusia 53 tahun itu menasihat para vokalis rock untuk mencari sesuatu dari sudut yang positif kerana “dalam seni muzik, macam-macam boleh dibuat.”

Saya dah 37 tahun menyanyi, rebel itu hanya diluar pentas, jangan bawa atas pentas, nanti satu dunia tahu. Kalau nak rebel boleh, tetapi melalui penulisan lirik, berkaryalah, luahkan dalam lirik bukannya dengan attitude buruk di atas pentas,”

tambahnya lagi.

Sebelum ini, Noh Salleh mencetuskan kontroversi apabila melakukan aksi ini semasa sebuah persembahan baru-baru ini:

Lagi di sini: