“Kalau betul apa salahnya” – Foto Syamsul Yusof Tersebar, Dakwa Dengan GF Baru?

Entertainment
13 Oct 2023 • 4:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama Syamsul Yusof kembali menjadi bualan netizen setelah beberapa foto dan video tular di media sosial yang telah menimbulkan tanda tanya.

Dalam foto dan video tersebut, kelihatan Syamsul Yusof sedang meraikan sesuatu bersama rakan-rakan dan kelihatan seorang wanita cantik berambut keriting duduk bersama penerbit filem itu.

Disebabkan itu, spekulasi mengatakan bahawa wanita tersebut merupakan kekasih baharu Syamsul Yusof kerana kelihatan mereka agak mesra bersama.

@asyraafkn

Congrats for Mat Kilau #fyp #foryoupage @Utama Motors @Irene Deanna @@anisalysia

♬ original sound – Asyraaf Khan – Asyraaf Khan

@makcikbawangchannel

Kalau btl apa salahnyaaa HAHAHAHAHA. kami rakyat malaysia sokong penyondol yg ni. sekufuuuu nokkk. lawooo. rupanya dari last year? btl keeeeee? kami tanyaaa .adakah ini benar belaka? #irenediane #girlfriendsyamsul #syamsyulyusoff #artiskekasihbaru

♬ suara asli – – sadewok ✪

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji kecantikan wanita yang dikenali sebagai Irene, bahkan ada yang memberikan komen ‘nakal’ iaitu ‘memberi restu’ untuk mereka berdua bersama.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Bagaimanapun ia masih lagi belum dikenal pasti sama ada wanita itu benar-benar ada kaitan dengan Syamsul ataupun tidak kerana masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini, tular mengenai kes seorang artis lelaki yang dikatakan baru bercerai dan berkahwin tetapi kini menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Apapun, kita tunggu tuan badan buka mulut untuk tunggu kesahihannya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.