“Kalau Boleh Ada Surau” – Bakal Ubah Suai Banglo RM5 Juta, Netizen Doa Kak KM Diberi Hidayah

23 Dec 2022 • 1:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pencapaian usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsikan momen-momen indah di Instagram memaparkan dirinya berjaya miliki rumah banglo berharga RM5 juta.

Mengulas hal berkenaan, Kak KM sememangnya berasa bersyukur atas kejayaan yang berjaya dimilikinya ketika ini dan usaha perniagaan produk yang dijual membuahkan hasil.

Apabila ditanya oleh pihak Media Hiburan mengenai proses pengubahsuain rumah banglo itu, Kak KM memberitahu akan memakan masa selama setahun sebelum dapat didiami oleh mereka sekeluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Dalam pada masa yang sama, usahawan tersebut berkongsikan impiannya untuk memiliki tempat beribadat seperti surau di dalam rumah banglo tersebut.

Tambahannya lagi, dia turut berikthiar untuk terus-menerus menjadi anak, ibu serta isteri yang baik di masa akan datang kerana itu merupakan tips kejayaan yang dimiliki olehnya sehingga hari ini.

image is not available

image is not available

Berikutan memberitahu impian tersebut, kebanyakkan netizen tidak lupa untuk menitipkan ucapan doa buat usahawan terbabit agar diberi hidayah dan berubah ke arah lebih serta tidak terlalu menimbulkan kontroversi.

Sekadar info, rumah banglo yang bakal didiami oleh Kak KM itu merupakan rumah kediaman ke-7 yang pernah dimilikinya.

image is not available 5 bulan lalu

(VIDEO) "Jaga-Jaga Allah Perhati Je Tu" - Kak KM & Ifa Raziah Bergelek Sakan Di Majlis Akikah