Kalau datang lambat, maknanya awak bukan ‘team player’ – Ellie Suriaty

Entertainment
15 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kalau datang lambat, maknanya awak bukan ‘team player’ – Ellie Suriaty

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ellie Suriaty, mengingatkan pelakon baharu agar sentiasa menjaga disiplin dan mematuhi masa penggambaran sekiranya mahu terus bertahan dalam industri.

Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 56, berkata, sikap acuh tak acuh terhadap jadual kerja dan sikap datang lewat ke set merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang akan menjejaskan keseluruhan tenaga kerja.

“Pada saya, isu artis datang lambat ke set penggambaran adalah situasi yang tidak menyenangkan sebab kita bekerja dengan masa, kejar episod dan jadual.

“Kalau awak datang lambat, semua proses itu akan jadi lambat. Semua orang ada komitmen.

“Pertama, kena ada disiplin, datang tepat pada masanya dan mudahkan kerja semua pihak. Kalau datang lambat, maknanya awak bukan ‘team player’,” katanya.

Ellie berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Astro 30, TGV Pavilion, di sini, pada Khamis.

Menurut Ellie, disiplin dan kesedaran tidak mahu menyukarkan kerja pihak lain adalah perkara penting untuk memastikan kerjaya kekal lama, bukannya sekadar mengejar glamor atau populariti.

Katanya, pihak produksi dan stesen televisyen tidak akan mengambil lagi pelakon yang bermasalah dalam aspek berkenaan.

“Industri seni untuk orang yang bekerja keras dan ada disiplin. Kalau dalam tempoh lima tahun pun awak tak boleh bertahan sebab tiada disiplin, produksi atau stesen televisyen tidak akan ambil awak lagi.

“Bila tiada disiplin, maksudnya dia tak nak lama dalam industri dan rasa bidang seni ini bukan sebagai sebuah kerjaya,” katanya.

Ellie berkata, individu yang gagal mengikut cara kerja berpasukan dalam industri kreatif sepatutnya melupakan hasrat untuk menjadi pelakon.

“Sesiapa yang tak boleh mengikuti cara kerja berpasukan dalam industri kreatif, mereka tidak boleh jadi pelakon.

“Jadi, pelakon bukan kerja syok sendiri seorang diri tetapi libatkan banyak pihak. Kalau nak glamor, main sajalah TikTok, tak payah jadi pelakon,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ellie mengakui sangat cerewet dalam memilih barisan pelakon untuk naskhah arahannya dan hanya mengambil mereka yang mempunyai rekod disiplin yang baik.

“Bila mengarah, saya sangat tegas dalamm proses pemilihan pelakon dan hanya mengambil mereka yang mempunyai rekod disiplin baik, Alhamdulillah perkara itu dipersetujui oleh stesen televisyen.

“Apa pun, kalau rasa macam sukar untuk bekerja sebagai satu pasukan atau susah nak datang tepat pada waktunya, lebih baik berhenti, pilih bidang lain,” ujarnya.

Terdahulu, Isu pelakon datang lewat ke set penggambaran kembali menjadi bualan hangat selepas pelakon Fasha Sandha dan penerbit, Datuk A. Aida meluahkan rasa tidak puas hati berhubung isu tersebut dalam media sosial baru-baru ini.

The post Kalau datang lambat, maknanya awak bukan ‘team player’ – Ellie Suriaty appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved