‘Kalau dia buat ucapan, itu atas ingatannya pada saya’

EntertainmentLifestyle
4 Aug 2026 • 9:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kalau dia buat ucapan, itu atas ingatannya pada saya’

KUALA LUMPUR – Pelakon sensasi, Uqasha Senrose enggan mengulas mengenai ucapan yang dititipkan bekas suaminya, Kamal Adli bersempena ulang tahun kelahirannya Julai lalu.

Menurut Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, dia tidak tahu-menahu mengenai hantaran yang dibuat oleh Kamal kerana tidak aktif di media sosial sejak kebelakangan ini.

“Saya pun tak tahu yang dia buat hantaran macam tu — apa yang dia muat naik. Apa yang dia kongsi itu semua adalah diri dia.

“Saya tak nak cakap apa-apa, saya tak nak komen apa-apa. Kalau dia buat ucapan, itu adalah atas ingatan dia pada saya, itu sahaja,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama terbaru iQIYI, Madu Atau Racun, di sini, hari ini.

Dipuji netizen kerana dilihat sama-sama menjadi ibu bapa yang baik buat anak mereka Hawra Uqaira, kata Uqasha dia cuba sedaya upaya untuk menjadi ibu yang terbaik dan bersyukur hubungannya dengan bekas suami kekal baik demi kebaikan anak mereka bersama.

Tambahnya, dia tidak menganggap dirinya sempurna, sebaliknya melihat hubungan yang terjalin dengan Kamal selepas bercerai sebagai satu proses untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

“Saya tak cakap diri saya ni baik, saya anggap ini hanya proses kami sebagai ibu bapa kepada Uqaira.

“Alhamdulillah, selepas apa yang terjadi kami berhubung atas dasar anak.

“Dia (Kamal) tidak pernah merumitkan saya dan saya juga tidak pernah menyusahkan dia kerana apa saja untuk Uqaira kami cuba buat terbaik dan menjadi ibu bapa yang terbaik,” jelasnya.

Sebelum ini, Kamal meraih perhatian apabila menitipkan ucapan terima kasih kepada bekas isterinya, Uqasha kerana memberi peluang untuk meluangkan masa bersama anak perempuan mereka.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap matang Kamal kerana menghargai bekas isterinya dan mengutamakan hubungan baik demi anak mereka.

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang sebelum disahkan bercerai pada 12 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kalau dia buat ucapan, itu atas ingatannya pada saya’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved