"Kalau Gini Gaya, Auto Fail" - Reaksi Cikgu Memandu Bila Pelajar Gagal Buat Netizen Berdekah

11 Oct 2022 • 6:51 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Antara ujian yang membuat kita resah, sudah semestinya ketika ujian memandu! Sebelum nak dapat dapat lesen tu, banyak onak duri yang kita kena tempuh. Salah satunya ujian litar. Bila fikir balik memang tak senang duduk dibuatnya.

Lebih-lebih lagi kalau cikgu garang! Itulah yang dihadapi oleh seorang pemuda. Berdasarkan video yang dikongsi oleh seorang cikgu memandu ini memang buat netizen ketawa tak kering gusi. Gelagat anak muridnya yang sedang membuat ujian bukit memang lain dari yang lain.

@appypyna die ade 2 perangai.. 1 makin belaja makin cemerlang 2 makin belaja makin entahlerr #fypシforyoupage ♬ original sound - appy pina

Tiga kali pelajar tersebut gagal dalam ujian tersebut, lagi kelakar bila siap langgar tiang Kali pertama, dia tidak mencecah garisan kuning. Kali kedua terlebih garisan pula. Lebih melucukan lagi, dia terlanggar tiang dan siap mengangkat tangan semasa percubaan kali ketiganya.

Takpalah bang, usaha tangga kejayaan! Kipidap, dungibap!