“Kalau Ia Ditarik Balik, Maka Tiada Tarikh Tangguhan..” – Peguam Nafi Isteri Fikry Ibrahim Tarik Balik Permohonan Cerai

LocalEntertainment
20 Jun 2025 • 10:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial apabila isteri kepada pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan memfailkan penceraian susulan tiada persefahaman dalam rumah tangga.

Semalam, menerusi Melodi TV3 Fikry tampil menjelaskan hubungannya dengan isteri baik-baik saja dan niat isteri ke mahkamah kerana mahu menarik semula kes cerai.

Peguam nafi Khalizah tarik semula kes

image is not available

Susulan itu, peguam syarie yang mewakili Siti Khalizah Alihan iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razib menafikan dakwaan anak guamnya menarik semula permohonan cerainya seperti yang didakwa.

Memetik laporan Astro Gempak, Wan Muhammad Afiq berkata tiada tarikh tangguhan akan ditetapkan oleh pihak mahkamah jika penarikan balik dibuat pada semalam.

Ya betul pihak mahkamah berikan tempoh yang panjang untuk berdamai. Sebenarnya kalau ia ditarik balik, maka tiada tarikh tangguhan dan mahkamah pun tidak akan beri tarikh tangguhan.

 

Kami mohon tarikh selanjutnya adalah untuk menunggu pendirian atau jawapan dari Fikry. Kalau kami tarik balik semalam maka selesailah. Tiada tarikh tangguhan. Tiada tarik balik dibuat semalam. Betul apa yang pihak media laporkan semalam dan saya pun takkan nak maklumkan perkara yang bertentangan.

Fikry tak hadir ke mahkamah

image is not available

Dalam pada itu, peguam syarie itu turut memberitahu surat saman sudah pun diserahkan namun Fikry tidak hadir ke mahkamah.

 

Dia (Fikry) hantar atau tidak anak guam kami ke mahkamah, itu di luar bidang kuasa kami. Yang pasti semalam dia tidak hadir.

 

Kami semua memang tunggu pendirian dia sama ada dia nak bersetuju atau tidak. Atau dia nak berdamai sebab pada dasarnya anak guam kami nak berdamai. Jadi kami mahu pendirian Fikry nak berdamai atau tidak.

Kata peguam syarie itu lagi, disebabkan pelakon itu tidak hadir ke mahkamah maka tiada jawapan balas yang boleh diberi.

Tapi dia pun tak datang semalam jadi tak bolehlah beri jawapan balas. Nak berdamai mungkin ada terma-terma yang perlu diikuti, mungkin boleh berbaik kembali, sebab itulah kita perlukan pendirian dan jawapan dia. Kalau dia datang semalam, kita boleh bincang atau dapat jawapan.

 

Tapi dia tak datang, jadi kami tak tahu pendirian dia dan sebab itulah mahkamah bagi tarikh tangguhan.

image is not available 15 hours ago

“Dia Pergi Mahkamah Nak Tarik Kes, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit Ni Kan Pula..” - Hubungan Baik-Baik Saja, Fikry Ibrahim Perjelaskan Di Melodi