Kalau jadi Perdana Menteri, Muhyiddin pecat menteri tak sehaluan -“Saya rombak kabinet”

Politics
7 Nov 2026 • 4:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berpandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memecat menteri daripada Barisan Nasional (BN) yang didakwa tidak lagi sehaluan dengan kepimpinannya.

Tak sehaluan tak boleh duduk dalam kabinet

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Muhyiddin menyatakan, tindakan itu wajar dipertimbangkan bagi memastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Perpaduan, selain mengelakkan perbezaan pendirian antara pemimpin kerajaan daripada menjejaskan pelaksanaan dasar negara.

“Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya dah pecat mereka. Saya rombak Kabinet dan tentukan supaya mereka yang tidak sehaluan dengan saya ini tidak boleh duduk di situ, malah tidak boleh bersama dalam kerajaan.
“Sebab mereka akan menggagalkan segala dasar kerajaan. Mungkin tujuan itulah yang mereka lakukan supaya kerajaan yang dipimpin Anwar akan tumbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Datuk Seri Rafizi Ramli yang menyarankan Anwar menggugurkan menteri UMNO daripada Kabinet susulan peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.

Image from: Kalau jadi Perdana Menteri, Muhyiddin pecat menteri tak sehaluan -“Saya rombak kabinet”

Muhyiddin berkata demikian selepas menyertai Program Santuni Rakyat bersama calon Bersatu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee di Pasar Besar MBMB, Bachang, pada Sabtu. Turut hadir ialah Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Image from: Kalau jadi Perdana Menteri, Muhyiddin pecat menteri tak sehaluan -“Saya rombak kabinet”

Boleh timbulkan kekeliruan jika ada perbezaan

Mengulas lanjut isu yang sedang memanas, beliau menyatakan pendirian BN yang masih mempunyai wakil dalam kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya wujud perbezaan pendapat secara terbuka.

Tambahnya, sebarang ketidakpuasan hati terhadap dasar atau keputusan kerajaan sepatutnya dibincangkan di peringkat parti atau Kabinet, bukannya disuarakan secara terbuka sehingga memberi gambaran seolah-olah Kerajaan Perpaduan sedang berdepan keretakan.

“Prinsipnya, kalau kita menjadi anggota dalam sebuah kerajaan, kita tidak mengecam kerajaan sendiri atau parti yang ada dalam kerajaan. Itu prinsip biasa.
“Apa-apa isu yang tidak dipersetujui, bawa berbincang di peringkat parti atau Kabinet, bukan diluahkan di luar sehingga menunjukkan bukan sahaja berlaku keretakan, malah seolah-olah Kerajaan Perpaduan sudah mahu pecah,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian (Farah Shazwani Ali)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved