Tak perlu simpan makanan 72 jam! Mat Sabu tegaskan kerajaan tiada keluarkan arahan

7 Nov 2026 • 3:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada orang ramai supaya menyimpan bekalan makanan bagi tempoh 72 jam seperti disarankan Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) susulan ketidaktentuan geopolitik global dan ancaman semasa.

Orang ramai tidak perlu buat pembelian panik

Memetik laporan daripada Bernama, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, meminta orang ramai untuk tidak perlu melakukan pembelian panik, sebaliknya meneruskan perbelanjaan harian seperti biasa mengikut keperluan masing-masing.

“Memang kita akui risau dengan situasi semasa termasuk ancaman siber, tetapi kita belum sampai ke peringkat untuk mengeluarkan arahan supaya rakyat menyimpan bekalan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Semarak Tani Jualan Agro MADANI di Bukit Katil, hari ini.

Image from: Tak perlu simpan makanan 72 jam! Mat Sabu tegaskan kerajaan tiada keluarkan arahan

Foto: Bernama

Mengulas lanjut, Mohamad memberi jaminan bekalan beras negara ketika ini mencukupi untuk tempoh enam bulan, manakala bekalan ikan sejuk beku pula dijamin mencukupi untuk lapan bulan akan datang.

“Bekalan ikan sejuk beku juga dijamin cukup untuk lapan bulan akan datang. Jadi tidak perlu pembelian berlebihan.
“Tindakan membeli barangan dalam kuantiti berlebihan hanya akan mencetuskan masalah dan menyukarkan pengguna lain untuk mendapatkan bekalan,” katanya.
Image from: Tak perlu simpan makanan 72 jam! Mat Sabu tegaskan kerajaan tiada keluarkan arahan

Foto: FB Mohamad Sabu

Dalam masa sama, beliau menjelaskan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa memantau situasi semasa menerusi kerjasama dengan pihak universiti serta penyelidik, termasuk pakar perubahan iklim.

Sebagai persediaan awal, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersama peniaga swasta yang memiliki kemudahan sejuk beku turut diminta menyimpan bekalan, khususnya ‘ikan rakyat’ yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran.

Sumber: Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved