Kalau kau tengok video ini, Jep aku minta maaf – Shuib

Entertainment
15 Oct 2026 • 1:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kalau kau tengok video ini, Jep aku minta maaf – Shuib

PETALING JAYA- “Kalau kau (Jep) tengok video ini, aku mohon maaf. Kita kenal dekat 20 tahun, hampir separuh daripada hidup aku.”

Demikian luahan pelawak Shuib buat rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu susulan isu persengketaan antara mereka yang berlaku sebelum ini.

Dengan rendah hati, pemilik nama lengkap Shahmira Muhammad, 42, itu memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan mendoakan urusan persengketaan mereka dipermudahkan Allah.

“Aku takkan boleh menidakkan kenangan yang kita bina selama ini. Susah senang kita pernah lalu, kejayaan yang kita capai, ia akan aku simpan sebagai satu kenangan paling indah dalam hidup aku.

“Aku minta maaf di atas kekhilafan aku dan keegoan aku. Aku halalkan segala-galanya dan aku doakan kau, isteri anak-anak dan keluarga kau.

“Allah mudahkan segala urusan dan semoga Allah akan uruskan segala permasalahan kita dengan baik. Aku minta maaf Mohd. Nazri Zainal Abidin,” katanya dalam sebuah video.

Dalam pada itu, pelakon filem Sepah The Movie itu memaklumkan sudah membuat permohonan maaf secara peribadi susulan sindiran terhadap Jep dalam sebuah audio siar.

“Pertama sekali, hantaran Jep dibuat pada 8 Oktober tengah hari, saya nak maklumkan tak sampai 24 jam iaitu pada 1.51 pagi Jumaat, saya WhatsApp Jep dengan penuh rendah diri memohon maaf atas kekhilafan saya dan mamat menyindir dia di Dols Podcast episod bersama Azlee Senario.

“Saya kira dia terima dan mungkin membaca. Saya penuh kesal dan memohon maaf berulang kali.

“Saya anggap ini ujian dan balasan atas kekhilafan saya dalam berkata-kata,” jelasnya.

Selain itu, Shuib juga turut memohon maaf kepada orang ramai yang terkesan dengan isu berkenaan dan terima segala kecaman yang ditujukan buat dirinya.

“Saya memohon maaf kepada semua yang mungkin marah dan rasa tak patut dengan apa saya buat di Dols Podcast. Saya sedar saya manusia yang tak sempurna, selalu buat salah dan dosa.

“Saya halalkan dan maafkan kepada sesiapa yang mengecam, menghina dan memfitnah saya, isteri, anak-anak, keluarga dan perniagaan saya.

“Saya anggap ini ujian dan balasan di atas kekhilafan yang telah saya lakukan,” ujarnya.

Sebelum ini, Jep dalam satu hantaran Instagram mendakwa dua rakannya iaitu Shuib dan Mamat sengaja mengeluarkan kata-kata berunsur sindiran ketika mereka masih bersama dalam kumpulan Sepah. – KOSMO! ONLINE

The post Kalau kau tengok video ini, Jep aku minta maaf – Shuib appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved