“Kalau kerajaan takleh tau sebab..” – Influencer Pakai Makeup Sebelum Bersalin Ditegur Netizen

Entertainment
15 Nov 2024 • 6:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu hantaran daripada pasangan pempengaruh dan usahawan telah menarik perhatian netizen baru-baru ini di mana Ammar Azizan menunjukkan isterinya, Adira Salahudi, di hospital sebelum bersalin.

Video tersebut memperlihatkan kelakuan isterinya yang agak unik iaitu bersiap untuk bersalin, di mana isterinya itu bersolek sebelum masuk ke wad bersalin.

@ammarazizann

Doakan isteri saya selamat bersalin dan dipermudahkan urusan @Adira Salahudi

♬ Tuhan Tak Pernah Janji – Jangan Pernah Menyerah – Debbie Great

Video tersebut telah tular dan meraih 739K jumlah tonton dalam tempoh artikel ini ditulis dan mempunyai 26K tanda suka.

Selain bersolek, dapat dilihat Adira memakai gaun lawa biarpun ada drip di tangannya. Sesambil bersolek dia tersenyum lebar saat disapa oleh suaminya.

“Doakan isteri saya selamat bersalin dan dipermudahkan urusan,” jelasnya menerusi kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen namun begitu ada juga anggap ia satu perkara yang tidak perlu dijadikan isu.

Pun begitu, ada juga netizen yang menegur jika perkara itu boleh atau tidak dilakukan di hospital kerajaan kerana ada sebab-sebab tertentu.

image is not available image is not available image is not available

Tak silap Che Ta dulu dah buat trend ni kan? Lawa je dia walaupun baru lepas bersalin Aaisyah.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.