“Kalau kita buat dalam Malaysia ok je tapi…” – KA Respon Kenapa Buat Video ‘Promote’ Negara Luar

Entertainment
7 Oct 2024 • 5:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi yang mengikuti kandungan Khairul Aming (KA), pasti tahu belakangan ini usahawan dan pempengaruh ini menunjukkan video menjelajah di sekitar New Zealand.

Pun begitu, ada yang mempersoalkan tindakan Khairul Aming yang sering memuat naik kandungan video di negara tersebut tetapi tidak di dalam negara.

Menjawab persoalan tersebut, Khairul Aming memaklumkan ini merupakan antara strateginya untuk membina reputasi dirinya sebagai seorang pempengaruh ke persada antarabangsa.

image is not available

Katanya menerusi satu sesi live baru-baru ini, tindakannya berbuat demikian sebenarnya untuk menarik perhatian orang luar terhadap Malaysia.

“Selepas daripada saya buat konten video di New Zealand, saya telah didekati oleh beberapa negara luar yang lain untuk berbuat perkara yang hampir sama.

“Setakat ini, kita dah lock bersama beberapa buah negara untuk melakukan video di sana.

“Apa yang cuba saya lakukan sekarang ialah untuk bina reputasi saya secara global,” katanya.

@khairulamingfans_

“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”. Semoga kita semua menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain & sentiasa menyebarkan kebaikan @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet #newzealand #travel

♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

Menurutnya, tindakan membuat kandungan di luar negara sekaligus membawa nama baik Malaysia.

“Bila pergi ke luar negara, saya bawa nama Malaysia bersama saya sekali dan itu yang kita nak.

“Kalau buat dalam Malaysia bagus juga tapi sudah tiba masanya untuk kita cuba market luar juga. Yang dalam negara kita kekalkan,” ujarnya.

@khairulamingfans_

“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”. Semoga kita semua menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain & sentiasa menyebarkan kebaikan @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyet #newzealand #travel

♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

Dalam pada itu, dia juga mengatakan ada mempromosi pelancongan dalam negara seperti membawa para pekerjanya bercuti ke Pulau Pinang pada September lalu.

Justeru, usahawan berusia 32 tahun ini berharap orang ramai memberikan sokongan terhadap usaha yang cuba dilakukannya.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.