“Kalau Nak Terasa, Silakan..” – Remy Ishak Tegur Ramai Pelakon Kurang Serius

EntertainmentOpinion
11 Sep 2025 • 11:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Datuk Remy Ishak menegur sikap segelintir pelakon tempatan yang menurutnya kurang serius dalam menghayati watak serta tidak jelas dengan tanggungjawab sebagai anak seni.

Remy berkata, masih ramai pelakon yang belum benar-benar bersedia membawa karakter yang diberikan, malah ada yang seolah-olah tidak tahu matlamat sebenar mereka dalam bidang lakonan.

image is not availableKatanya ketika ditemui pada majlis pengumuman barisan pelakon filem ‘Khadam’ di Kuala Lumpur,

Susah nak jumpa yang betul-betul bersedia. Maaf cakap, kalau nak terasa, silakan. Saya dah jumpa ramai yang masih belum bersedia dengan karakter yang mereka bawa. Kalau betul mahu berlakon, kena serius dengan kerjaya ini. Kalau hanya nak popular, lebih baik guna media sosial sahaja, tak perlu masuk industri.

Menurut Remy, meskipun dirinya bukanlah graduan dalam bidang filem, dia tetap menekankan soal disiplin dan tanggungjawab apabila menerima sesuatu watak. Katanya, ramai pelakon kini sudah hilang arah tujuan berbanding generasi terdahulu.

Dalam masa sama, Remy turut memuji komitmen pelakon Indonesia, Aghniny Haque, yang membintangi filem ‘Khadam’ bersamanya. Jelasnya,

Baru sesi pembacaan skrip pun dia sudah beri sepenuh jiwa. Ketika tiba gilirannya membaca, saya terus boleh bayangkan watak yang dibawakan.

Filem ‘Khadam’ terbitan Red Communications dan Komet Productions turut menampilkan pelakon lain seperti Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaff, Karl’ El dan Jun Lojong.

image is not available 2025-08-10 17:01:53

Remy Ishak Pelik Video Uruskan Anak Tular & Terima Pujian Ramai - "Bukan Memang Suami Macam Tu Ke Sebelum Ni?"