“Saya Maafkan Korang Yang Kutuk, Malas Nak Tunggu Kat Akhirat” – Betty Rahmad Bersuara Isu ‘Bachelorette Usrah’ Amira Othman

EntertainmentLifestyle
11 Sep 2025 • 10:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan personaliti TV, Betty Rahmad tampil meluahkan rasa kesal dan memaafkan sesiapa sahaja yang mengutuknya gara-gara penganjuran ‘Bachelorette Usrah’ Amira Othman baru-baru ini.

Ujar Betty di Threads, ramai yang buruk sangka dengan penganjuran majlis ilmu khas buat Amira Othman itu namun memilih untuk memaafkan sesiapa yang menghinanya.

Sebelum tidur yang mana kutuk/buruk sangka dengan i tu i ikhlas dah maafkan. I malas nak kena tunggu korang minta maaf kat i dekat akhirat nanti. Banyak urusan dosa pahala i nak settle dengan Tuhan.

So i anggap je la korang tengah emosi & tak kenal pun kitorang. Kalau kenal mesti korang sayang kitorang.

Sebelum ini, Betty Rahmad dikecam hebat sesetengah netizen di media sosial gara-gara dia dan rakan-rakan selebriti yang sering terlibat dalam usrah ada menganjurkan program ilmu agama sempena majlis perkahwinan Amira Othman bersama Fattah Amin pada 14 September ini.

image is not available

image is not available

image is not available

Berikutan penggunaan ayat ‘bachelorette’, netizen menganggap program tersebut berlebihan dan beriya semata-mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-11 09:51:36

Rakan Stylist Ajar Amira Othman 'Pose' Sebenar Salam Cium Tangan Fattah Amin, Netizen Terhibur