'Kalau nak ungkit kisah lama Pas-UMNO, sampai bila pun tak selesai'

LocalPolitics
13 Sep 2026 • 11:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Kalau nak ungkit kisah lama Pas-UMNO, sampai bila pun tak selesai'
Shahidan

SHAH ALAM - Sikap suka mengungkit perkara lalu tidak akan memberi manfaat kepada Pas dan UMNO, kata Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ini kerana katanya, keadaan politik sentiasa berubah dan mengungkit kembali apa yang pernah diperkatakan oleh kedua-dua parti tidak akan menemukan penghujungnya.

Justeru, beliau berkata, perubahan politik dan keadaan semasa perlu diterima tanpa terus terperangkap dengan kisah lama.

"Kalau nak ungkit apa Pas kata pada UMNO, dan apa UMNO kata pada Pas dulu, sampai bila pun takkan selesai.

"Politik berubah, keadaan berubah. Ramai sangat 'ceplos' main kisah lama dan laga-lagakan puak-puak kita," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Dalam hantaran sama, beliau turut memberi contoh mengenai situasi berkenaan.

"Ada seorang sahabat pun pernah kata, 'kalau suatu hari nanti saya tinggalkan Pas maka pada saat itu anggaplah saya gila.' Hari ini sudah berubah.

"Jadi, move on. Jangan hidup dalam politik semalam," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved