SHAH ALAM - Generasi muda UMNO dan Pas perlu membina semula Perpaduan Ummah dengan penyatuan kedua-dua parti itu.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tidak dinafikan kedua-dua parti berkenaan pernah melalui episod perpecahan dan terluka.
“Betul! Pas pernah luka, UMNO pernah luka.
“Bagaimanapun, tugas pewaris bukan mewarisi luka-luka tersebut, tetapi sebaliknya bangun membina Perpaduan Ummah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Menurutnya, harapan yang tinggi disandarkan kepada generasi muda untuk meneruskan usaha memperkukuh hubungan antara UMNO dan Pas.
“Harapan tinggi kepada orang-orang muda. UMNO, Pas berpisah tiada,” katanya.






