Kalau sudah terdesak perlukan duit, mohon sahaja mana-mana kerja – Jasmine Suraya

12 Aug 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kalau sudah terdesak perlukan duit, mohon sahaja mana-mana kerja – Jasmine Suraya

PETALING JAYA: Pelakon, Jasmine Suraya, menganggap mana-mana individu yang sedang terdesak memerlukan wang tidak sepatutnya terlalu memilih pekerjaan pada masa ini.

Jasmine atau Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 37, berkata, keadaan pasaran kerja sekarang sangat susah dan semua orang perlu berdepan dengan realiti tersebut.

Katanya, perkara paling penting ketika ini adalah memohon sahaja mana-mana kerja yang padan dengan kemahiran yang ada.

“Ada beberapa orang rakan saya yang tengah sesak mahu gunakan duit tanya sama ada kerja itu sesuai dengan mereka atau tidak sebelum memohon. Saya cakap, kalau sudah memang perlukan duit sekarang, mohon sahaja mana-mana kerja yang sesuai dengan apa yang awak boleh buat.

“Pada masa sama, mohon juga kerja yang awak minat. Pasaran kerja sekarang sangat susah, jangan ingat kita ada banyak pilihan mahu pilih-pilih,” katanya.

Jasmine berkongsi pandangan berkenaan susulan beberapa orang rakannya sempat bertanya sama ada sesuatu kerja itu sesuai atau tidak, sedangkan mereka berada dalam situasi yang sangat memerlukan wang.

Untuk rekod, Jasmine Suraya merupakan pelakon kelahiran Kuching, Sarawak dan popular dengan drama lakonannya iaitu Adellea Sofea.

The post Kalau sudah terdesak perlukan duit, mohon sahaja mana-mana kerja – Jasmine Suraya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved