
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai satu video tular memaparkan seorang pemandu lori diserang seekor harimau kumbang.
Kejadian pada 3 April lalu itu berlaku semasa lelaki terbabit dikatakan berhenti di tepi jalan di berhampiran Bukit Tangga, Jelebu untuk membuang air kecil.
Serangan haiwan liar itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya dan menerima 30 jahitan.
Teruk juga tengok gambar gambar kecederaan mangsa yang diserang harimau kumbang. Sampai kepala berlubang. pic.twitter.com/oyqzaV4WwS
— @ (@anthraxxx781) April 3, 2025
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Lori Cedera Parah Akibat Diserang Harimau Kumbang [Video]
Mangsa tampil cerita pengalaman diserang harimau kumbang
Terbaharu, pemandu lori yang dikenali sebagai A Suresh, 52, tampil menceritakan pengalaman yang dilaluinya semasa diserang harimau kumbang tempoh hari.
Menurutnya, dia bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan akibat cengkaman kuku haiwan tersebut walaupun masih berada dalam keadaan trauma.
“Sampai sekarang saya tak dapat tidur nyenyak kerana terbayang-bayang harimau itu menerkam saya.
“Saya pun tak tahu dari mana ia datang, tapi memang mengejutkan dan menakutkan,” katanya dipetik Sinar Harian.
Berhenti tepi jalan untuk periksa lori dan buang air kecil sebelum diserang
Menurutnya lagi, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghantar makanan ayam di Jelebu.
Jelas bapa kepada dua anak itu, dia berhenti di lokasi berkenaan untuk memeriksa keadaan lorinya dan membuang air kecil.
“Tengah saya nak cuci tangan, harimau itu lompat ke atas saya dan cuba menggigit kepala saya, tapi saya sempat masukkan botol air ke dalam mulutnya.
“Kalau tak, sudah tentu saya dah mati dan luka di kepala saya pun disebabkan cengkaman kukunya saja,” katanya.
Pengguna jalan raya yang lain bantu hubungi ambulans
Berkongsi lanjut, Suresh berkata dia bernasib baik kerana ada kenderaan lain yang berhenti di hadapan dan membantunya menghubungi ambulans.
Pada masa sama, dia turut menasihati pemandu lori dan pengguna jalan raya yang lain agar berhati-hari ketika melalui jalan tersebut dan berhenti di kawasan yang selamat.
“Sepanjang enam tahun saya berulang alik ke Jelebu, tak pernah pula saya nampak harimau kumbang di situ.
“Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ada datang melawat saya di hospital dan mereka beirtahu harimau yang menyerang saya dianggarkan seberat 80 ke 90 kilogram,” katanya lagi.

![“Nak Longgar, Tapi Lagi Ketat!” – Aksi Gadis Silap Teknik Tukar Tayar Buat Netizen Tak Kering Gusi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![“Ceruk Mana Dia Bawak” – Deretan Kereta Redah Hutan Gara-Gara Ikut Waze Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)
