Aksi Kanak-Kanak Serah Gajet Termasuk Remote TV Pada Ayah Sempena Tamat Cuti Sekolah Buat Ramai Boleh Relate [Video]

Family & ParentingLifestyle
7 Apr 2025 • 6:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sesetengah orang pasti menjadikan permainan video sebagai salah satu hobi untuk diisi sewaktu masa lapang.

Dalam era teknologi masa kini, terdapat pelbagai gajet yang boleh digunakan untuk bermain game termasuklah telefon pintar, tablet, komputer dan konsol permainan video.

Namun ibu ayah diingatkan agar mengawal penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak agar tidak menggunakannya secara berlebihan.

2 Budak Lelaki Serahkan Kembali Gajet Pada Bapa Lepas Habis Cuti Sekolah

Itulah yang dilakukan oleh seorang ayah ke atas dua orang anak lelakinya. Menerusi video yang dikongsi di platform TikTok (@ceobbm), dia melakukan ‘majlis penyerahan’ semula segala gajet selepas cuti persekolahan baru-baru ini tamat.

Dapat dilihat tiga jenis gajet yang dipulangkan oleh anak-anak kepadanya iaitu Nintendo Switch, konsol Playstation 4 dan tablet yang digunakan untuk bermain Mobile Legends.

Nampak si abang kelihatan sedikit kecewa setelah menyerahkan Nintendo Switch itu ya!

TV Juga Tidak Dibenarkan Ketika Hari Sekolah

Selain tiga gajet tersebut, mereka turut menyerahkan alat kawalan jauh televisyen. Difahamkan bahawa mereka menonton video di platform YouTube menerusi televisyen tersebut.

“TV secara rasminya ditutup untuk korang bila hari sekolah,” kata lelaki itu.

Kedua kanak-kanak lelaki itu juga turut bersalaman dengan ayah mereka saat setiap gajet diserahkan.

Menurutnya, kesemua gajet tersebut bukanlah hak milik anak-anaknya, tetapi hanya dipinjamkan kepada mereka.

@ceobbm Majlis Penyerahan Semula Gadgets…cuti sekolah dah abis maaa..anak2 memang dah faham.. #fyp #family #gadgets #budaya ♬ Epic News – DM Production

Tonton video penuh [DI SINI].

Ibu Bapa Turut Praktikkan Perkara Sama Dengan Anak-Anak

Di ruangan komen, rata-rata ibu bapa berkongsi mereka turut melakukan perkara sama kepada anak-anak dalam mengawal penggunaan gajet.

Seorang wanita berkata gajet hanya akan diserahkan pada hari Sabtu dan Ahad jika masing-masing menunjukkan tingkah laku yang baik.

Melihat video tersebut, seorang individu teringat kenangan saat mengambil dan menyerahkan telefon bimbit kepada jurulatih ketika terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dahulu.

Dalam masa sama, ada juga yang menetapkan pautan keluarga (family link) di telefon pintar anak-anak agar hanya boleh digunakan untuk menelefon

Namun seorang ibu berkata dia membenarkan anak-anaknya menggunakan telefon pintar sehingga 9.45 malam memandangkan perlu terlibat dalam perbincangan kelas.

“Pagi lepas solat Subuh baru ambil telefon. Tujuan saya sekurang-kurangnya malam mereka tidur tanpa telefon,” jelasnya.

Terdapat juga pengguna media sosial yang berseloroh agar lelaki berkenaan turut mengambil telefon pintar dan kad bank daripada isteri agar tidak digunakan untuk berbelanja.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: @ceobbm/ TikTok

Ibu Bapa Harus Ambil Langkah Awal Kurangkan Penggunaan Skrin Anak-Anak

Walaupun anak-anak diizinkan untuk menggunakan gajet bagi mengisi waktu lapang, namun ibu bapa haruslah tegas dalam mengawal penggunaan peranti terbabit.

Apatah lagi apabila banyak orang kelihatan seolah-olah sudah ‘ketagih’ dalam menggunakan gajet seperti telefon pintar.

Penggunaan skrin dapat dikurangkan sejak kecil jika ibu bapa lakukan perkara seperti:

  • Sentiasa meluangkan masa dan bersembang dengan anak agar mereka tidak bosan.
  • Menyediakan permainan lain yang bersifat manual dan tidak menggunakan gajet.
  • Melakukan aktiviti sekeluarga seperti beriadah atau melawat ke tempat-tempat menarik.
  • Meletakkan tempoh masa penggunaan gajet setiap hari.
  • Menghadkan penggunaan gajet hanya ketika cuti sekolah.
  • Menggunakan gajet untuk perkara berfaedah seperti belajar dan menonton video yang sarat dengan nilai murni.

Di samping itu, seorang ibu berkongsi bahawa lawatan ke Muzium Penjara Malaysia membuatkan anaknya segera kembalikan telefon pintar apabila diminta kerana ditegur oleh warden mengenai ketagihan gajet. Boleh cuba juga tips ni!