“Kalau tegur nanti mengamuk” – Lelaki Pakai Baju Lencana Kerajaan Hisap Vape Di Kedai Mamak

Entertainment
11 May 2023 • 2:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas isu orang tua memarahi remaja kerana menegur tidak boleh merokok tular baru-baru ini, viral lagi satu foto memperlihatkan seorang lelaki menghisap vape di sebuah ‘kedai mamak’ yang dipercayai terletak di Shah Alam, Selangor.

Lebih mengejutkan lagi, individu yang kongsikan gambar tersebut mengatakan bahawa lelaki tersebut dipercayai kakitangan kerajaan.

Hisap rokok/vape dekat mamak

Foto itu mula tular di Facebook dan Twitter sehingga meraih lebih daripada 1,900 jumlah retweets dalam masa sehari. Foto itu juga menunjukkan lelaki terbabit bersama beberapa individu lain.

“Tak tahu macam mana nak cakap lagi dah. Kalau tegur nanti karang mengamuk. Dah tua.”

“Dah lah pakai baju lencana kerajaan. Tapi tu lah sebab dia tahu takkan ada siapa yang nak tegur dia kan.” – Antara kata-kata oleh seorang wanita yang dipercayai pemilik foto dan video ini.

image is not available

Biarpun tarikh kejadian masih belum dikenal pasti, tetapi waktu perbuatan itu dirakamkan kira-kira jam 1 petang.

Oleh itu, individu tersebut meminta agar pihak jabatan kerajaan yang terbabit menyiasat dan mengambil tindakan kepada individu tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengecam tindakan lelaki itu, ada yang menggesa agar pihak premis dan pelaku dikenakan tindakan sewajarnya, malah, ada juga yang mendakwa bahawa ramai pelanggan yang hisap rokok dan vape di kedai tersebut.

Saman yang hisap rokok dan saman pemilik kedai – Netizen

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Hurm, zaman sekarang segala tindak tanduk kita akan diperhatikan, jadi janganlah kita memandang enteng pada sekeliling jika ingin melakukan sesuatu.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.