Kalau tegur saya ‘kayu’ dengan kata kesat, itu sedih – Jazmy Juma

Entertainment
29 Oct 2026 • 12:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kalau tegur saya ‘kayu’ dengan kata kesat, itu sedih – Jazmy Juma

PETALING JAYA – Pelakon Jazmy Juma mengambil pendekatan untuk menerima sebarang kritikan terhadap lakonannya dengan berlapang dada termasuk segelintir pihak yang sebagai pelakon ‘kayu’.

Menurut Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, dia memilih untuk menerima semua kritikan dengan berlapang dada selain menjadikannya sebagai pembakar semangat memperbaiki kualiti lakonan.

“Sebenarnya saya gembira bila ada pihak komen tentang saya, lebih-lebih lagi bila ada komen tentang kualiti kualiti lakonan sebab susah orang nak berterus terang tentang keburukan orang lain.

“Kalau ada kawan yang kata, ‘eh, Jaz, kau lakonan ini macam yang tak kena dengan kau’. Saya sangat bersyukur sebab tak rasa semua orang berani nak cakap benda itu.

“Apabila ada penonton yang berikan komen sebegitu, sekurang-kurangnya saya tahu yang lakonan saya masih belum cukup bagus, perlu perbaiki dan belajar lagi,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis sidang media drama lakonan terbaharunya, Dua Nyawa di sini, semalam.

Jazmy bagaimanapun menegaskan tidak terasa hati hanya kerana menerima kritikan yang membina, namun terluka sekiranya dilemparkan dengan kata-kata kesat.

“Tak (terasa) malah lebih bersyukur sebab Allah SWT yang gerakkan dia untuk cakap macam itu supaya saya sedar yang bahasa belum cukup bagus di mata orang lain.

“Saya tak ambil hati dengan orang tersebut.

“Kalau dia bagi tahu lakonan saya kayu apalah sangat melainkan komen itu dengan cara yang kasar dan guna kata-kata kesat, saya akan sedih,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, dia bakal muncul dengan sebuah drama baharu berjudul Dua Nyawa gandingan bersama Puteri Balqis dan Zarif Ghazzi.

Karya arahan Riza Baharuddin itu akan mula ditayangkan pada 13 November depan dalam platform penstriman iQIYI.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Jazmy membaca komen netizen yang bukan sahaja membandingkan malah turut mendakwa lakonannya lebih kayu berbanding seorang pelakon, sekali gus mencetuskan perbualan dalam kalangan pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE

The post Kalau tegur saya ‘kayu’ dengan kata kesat, itu sedih – Jazmy Juma appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved