“Saya Tak Pernah Dilayan Buruk Oleh Rakan Artis, Mereka Profesional” – Ruhainies

Entertainment
27 Oct 2026 • 12:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Ruhainies mengakui tidak pernah menerima layanan buruk daripada rakan artis meskipun dirinya pernah terpalit dengan kontroversi sebelum ini.

Ketika ditemui OhBulan!, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata dia percaya setiap penggiat seni mampu bersikap profesional dan tidak mencampuradukkan urusan kerja dengan hal peribadi.

Advertisement

“Saya tidak pernah berdepan pengalaman buruk dengan mana-mana rakan artis. Tak ada yang buat muka ke apa, Alhamdulillah. Tak ada langsung, semua profesional.

“Mungkin kalau ada yang nak menyebelahi mana-mana pihak, itu saya tidak tahu.”

Ruhainies Jawab Dakwaan Dilayan Buruk Oleh Rakan Artis

Mengulas lanjut, Ruhainies berkata dia memilih untuk tidak mengambil tahu perkara negatif yang diperkatakan mengenai dirinya.

View this post on Instagram

Menurutnya, tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan dirinya berasa tidak selesa apabila bertemu dengan individu yang mungkin pernah bercakap buruk mengenai dirinya.

“Saya memilih untuk tidak mengambil tahu perkara negatif sebab saya tak nak rasa tak selesa bila bertemu individu-individu yang bercakap tak baik tentang saya.

“Jadi saya pejamkan mata dan butakan mata supaya tak nampak perkara-perkara negatif itu dan untuk menjaga kesihatan mental dan emosi sendiri.”

Perkembangan Terkini Ruhainies

Dalam perkembangan karier, Ruhainies memaklumkan dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Wanita Yang Didustai.

Drama tersebut dijadualkan ditayangkan menerusi TV3 pada hujung Oktober ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ruhainies2026-10-21 10:32:13

Netizen Persoal Nak Saman Pemfitnah Waktu Majlis BASS, Ruhainies Pertahan Tindakan - "Tak Adil Untuk Saya Kena Tunggu"

 

The post “Saya Tak Pernah Dilayan Buruk Oleh Rakan Artis, Mereka Profesional” – Ruhainies first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved