“Kalau terjumpa malam…” – Individu Lakukan Aksi Seperti Solat Di Tengah Jalan Timbulkan Kegusaran Ramai

25 Sep 2026 • 11:22 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 09 25T111020.520

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai tindakan luar biasa seorang lelaki yang berkelakuan pelik di tengah-tengah jalan raya yang penuh dengan kenderaan, sekali gus mencetuskan kebimbangan serta risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi sebuah rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna akaun Threads, Natasyaxo, kelihatan seorang lelaki yang memakai jubah putih serta berkopiah berada di atas tar. Lelaki berkenaan dilihat secara tiba-tiba melutut dan melakukan aksi seperti sedang sujud tepat di garisan penanda arah jalan.

Artikel berkaitan: “Terlihat selipar di tebing sungai” – Budak 5 Tahun Ma*t Dicampak Ke Dalam Sungai Oleh Bapa Saudara Kurang Siuman

View on Threads

 

Kejadian yang dipercayai berlaku berhampiran kawasan De Palma, Ampang itu menyaksikan beberapa buah kenderaan terpaksa memperlahankan pemanduan serta mengelak daripada melanggar lelaki berkenaan.

Suasana jalan raya yang agak sibuk itu turut dipenuhi dengan bunyi hon daripada pengguna jalan raya lain bagi memberi peringatan. Selepas beberapa saat melakukan aksi tersebut, lelaki itu dilihat kembali bangun dan berjalan menyeberangi jalan raya tanpa mengendahkan bahaya di sekelilingnya.

“Pertama kali masuk Ampang, normal ke macam ni,” tulis pengguna Threads berkenaan pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Hantaran itu dengan pantas meraih perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dan menyatakan rasa bimbang terhadap keselamatan lelaki itu mahupun pemandu lain. Di ruangan komen, beberapa pengguna lain turut berkongsi video dan pengalaman mendakwa pernah terserempak dengan lelaki yang sama melakukan aksi pelik di sekitar kawasan berkenaan.

cats 17

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa tempatan berkenaan insiden tersebut. Orang ramai yang memandu di kawasan sekitar dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sumber: Kosmo!, Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved