“Kali Ini Tak Terlepas” – Lelaki Didakwa Kantoi Cuba Tipu Bayaran Guna Kod QR Di Kedai Burger [Video]

LocalBusiness & Finance
3 Mar 2025 • 3:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kemajuan sistem pembayaran yang ada pada zaman ini seperti sistem imbas kod QR dan ‘paywave’ amatlah memudahkan orang ramai.

Namun di sebalik kecanggihan ini, wujud sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk melakukan penipuan seperti memalsukan resit pembayaran imbas kod QR.

Bagaimanapun, para peniaga juga dilihat sudah semakin cakna dan tidak mudah tertipu lagi dengan pemalsuan resit ini.

Lelaki tak berjaya ‘scam’ peniaga burger

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang mendakwa seorang peniaga burger berjaya mematahkan cubaan seorang lelaki untuk menipu pembayaran imbas kod QR.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @oh_tokti1, lelaki terbabit dilihat cuba melarikan diri setelah modus operandi penipuannya itu diketahui peniaga berkenaan.

“Percubaan kali kedua ‘scam’ kod QR di kedai kami, kali ini tak terlepas lah bang. Kedai sebelum ini hang tipu bayaran lepas,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@oh_tokti1

Percubaan kali ke-2 Scam QR kod di kedai kami.. kali ni x terlepas la bang.. kedai sebelum ni hg scam bayaran lepas..

♬ original sound – oh_tokti – oh_tokti

Pernah tular menipu pembayaran di kedai lain

Berdasarkan video tersebut, peniaga berkenaan mendakwa lelaki terbabit sebelum ini pernah tular di media sosial kerana menipu pembayaran di sebuah kedai nasi lemak.

Difahamkan, rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan wajah lelaki berkenaan menjadi tular setelah ia dikongsikan di Facebook sekali gus menyebabkan ramai yang mengetahuinya.

Dalam satu lagi hantaran berasingan, kelihatan anggota polis hadir ke kedai burger terbabit selepas dihubungi oleh peniaga tersebut untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

image is not available

Wajah kaki penipu dijaja dalam FB, dakwa satu Pulau Pinang sudah kenal

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyatakan kes penipuan lelaki terbabit sememangnya telah tular di platform Facebook.

Susulan itu, ramai orang yang telah mengenali lelaki tersebut terutamanya dalam kalangan para peniaga di Pulau Pinang.

Ada baiknya juga apabila sesuatu perkara ditularkan di media sosial, ia sedikit sebanyak dapat membantu orang lain daripada menjadi mangsa penipuan seterusnya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available