
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Surau merupakan salah satu kemudahan awam yang sering digunakan oleh orang ramai untuk mendirikan solat.
Kemudahan ini kebiasaannya tersedia di kawasan tumpuan ramai seperti stesen minyak, pusat membeli-belah termasuklah kawasan mempunyai populasi penduduk yang sedikit.
Memandangkan kemudahan ini digunakan untuk kebanyakan umat Islam mendirikan solat sudah tentu kawasannya perlu sentiasa bersih agar memberikan keselesaan kepada orang ramai.
Lelaki bersihkan 30 surau sempena sebulan Ramadan
Baru-baru ini influencer, Rusydi yang sering dikenali membuat reviu surau di pusat beli belah, kedai makan dan sebagainya telah bertindak untuk membuat aktiviti amal iaitu membersihkan sebanyak 30 surau sempena dengan bulan Ramadan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Rusydi di TikTok, dia memaklumkan sempena 30 hari umat Islam menyambut bulan Ramadan dia ingin membersihkan sebanyak 30 surau.
Menurutnya antara surau yang akan dibersihkannya seperti yang berada di stesen minyak atau mana-mana surau awam.
Katanya sebelum ini, berdasarkan beberapa reviu yang telah dilakukan kebanyakan surau di tempat awam memiliki kebersihan yang kurang memuaskan.
Malah mana-mana individu yang berminat untuk bekerjasama dengannya dalam misi tersebut juga dialu-alukan untuk menghubunginya.
Ramadhan tiba @JAKELTEXTILE #reviewsurau #30hari30surau
Mulakan misi pembersihan surau pertama di stesen minyak di Nilai
Sempena dengan hari pertama puasa pada 2 Mac, Rusydi telah memulakan misinya dengan membersihkan surau di sebuah stesen minyak di Nilai, Negeri Sembilan.
Menerusi video berkenaan, kelihatan Rusydi menunjukkan keadaan surau yang sedikit berselerak serta memerlukan kerja pembersihan dilakukan.
Kata Rusydi, kesemua barangan yang digunakan untuk membersihkan surau berkenaan seperti sabun, berus dan sebagainya adalah miliknya sendiri kecuali air.
“Kecuali air, saya telah minta izin terlebih dahulu untuk gunakan. Alhamdulillah, supervisor sini sambut usaha saya dengan sangat baik,” ujarnya.
Jelas Rusydi lagi proses untuk membersihkan surau terbabit memerlukan masa sekitar satu hingga dua jam.
Tambahnya lagi, dia mula melakukan kerja pembersihan itu pada awal pagi agar ia tidak mengganggu orang ramai untuk menggunakannya di waktu Zohor.
Cleaner surau 🇲🇾 #reviewsurau #30hari30surau
Tak dibayar mana-mana pihak, segala barangan digunakan untuk pembersihan adalah sendiri
Dia juga memaklumkan kerja pembersihan surau yang dilakukan itu tidak dibayar oleh mana-mana pihak sebaliknya hanya usaha sendiri.
“Harapan saya agar usaha kecil saya dapat beri manfaat kepada semua.”
Sewaktu dia sibuk membersihkan surau berkenaan, kelihatan ada staf stesen minyak yang datang untuk meninjau keadaan kemudahan itu.
Rusydi turut membasuh segala barangan yang ada seperti karpet di bahagian wuduk, lipas dan menyembur pewangi pada sejadah dan menyusunnya semula.
Ramai puji usaha murni lelaki ini untuk berikan keselesaan pada orang ramai
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji usaha murni Rusydi melakukan kerja pembersihan dalam memberikan keselesaan kepada orang ramai untuk menggunakan surau dengan membuat pembersihan.
Malah ada juga yang ingin memberikan sumbangan untuk terus menyokong usaha Rusydi membuat aktiviti pembersihan di surau lain termasuklah pasar raya terkenal iaitu Mydin.
Dalam pada itu, ada yang berpesan untuk Rusydi menggunakan sarung tangan bagi mengelakkan kulit menjadi rosak disebabkan bahan kimia yang ada dalam sabun terbabit.
Video sama memaparkan usaha murni Rusydi turut menjadi tular di X dan mendapat respon yang baik di kalangan pengguna.
Ini baru betul content yang memberi manfaat. 30 hari 30 surau dibersihkan.
— kamaghul deghaman (@kamaghul) March 2, 2025
Semoga abang berjaya dan dipermudahkan segala urusan 🤲🏻 pic.twitter.com/DuKxw2nQF1
“Semoga dimurahkan rezeki bang. Tolong mesej min nak sponsor barang cuci”

“Semoga Allah makbulkan apa sahaja hajat abang dan semoga pahala mu berlipat ganda. Cuma pesanan, pakai sarung tangan dan berus yang berbatang. Sakit pinggang bang oi sampai 30 hari.”

“Fuh, puas hati betul tengok sental semua sampai bersih. Tahniah atas usaha ni.”

“Respect abang, semoga mewah rezeki dan mudah urusan abang.”


![“Kali Ini Tak Terlepas” – Lelaki Didakwa Kantoi Cuba Tipu Bayaran Guna Kod QR Di Kedai Burger [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/business-and-finance.jpeg)


![Ramai Bangga Jenama Christy Ng Tembusi Pasaran Luar Negara, Buka Butik Pertama Di Indonesia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/women-fashion.jpeg)