Penjawat Awam Selangor Boleh Pulang 30 Minit Awal Sepanjang Ramadan 2025

LocalPolitics
28 Feb 2025 • 5:43 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap para Muslim ketika ini pasti tidak sabar untuk menjalani ibadah puasa dalam tempoh masa beberapa hari sahaja lagi.

Pun begitu, segelintir masyarakat khususnya di kawasan bandar sedang pening kepala memikirkan waktu pulang ke rumah lebih-lebih lagi buat golongan isteri dan ibu yang perlu menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga.

Tambah pula dengan trafik sesak yang perlu ditempuhi, memang tidak boleh nak agak akan sampai ke rumah jam berapa.

Namun usah risau, pengumuman baharu oleh Kerajaan Negeri Selangor ini boleh membantu mempermudahkan urusan penjawat awam di negeri tersebut sepanjang bulan berpuasa.

Penjawat Awam Selangor Boleh Pulang Awal 30 Minit Sepanjang Ramadan

Terbaharu, penjawat awam negeri Selangor dibenarkan pulang 30 minit lebih awal sepanjang bulan Ramadan iaitu bermula jam 4 hingga 5.30 petang.

Bagaimanapun ia bergantung kepada tempoh waktu bekerja iaitu sembilan jam sehari.

Susulan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin memaklumkan bahawa kerajaan negeri melaksanakan mekanisme Waktu Bekerja Fleksi (WBF) dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit bagi membenarkan pekerja pulang lebih awal.

Namun begitu, waktu operasi kaunter dikekalkan seperti biasa bagi memastikan kelancaran urusan tanpa sebarang perubahan atau gangguan.

“Pelaksanaan WBF ini tidak akan menjejaskan operasi kaunter perkhidmatan di semua jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor,” kata Dr Ahmad Fadzli dalam satu kenyataan di laman Facebook.

image is not available
Sumber: Malay Mail

Waktu Bekerja Sepanjang Ramadan Bermula Antara Jam 7 Ke 9 Pagi

Berdasarkan jadual pelaksanaan WBF pada Ramadan seperti yang dinyatakan, waktu masuk bekerja para pekerja adalah antara jam 7 hingga 9 pagi.

Waktu rehat rehat petugas pula adalah seperti berikut:

  • Isnin – Khamis: 1 pm hingga 1.30 pm
  • Jumaat: 12.30 pm hingga 2.30 pm

Waktu pulang yang ditetapkan pula adalah antara jam 4 hingga 5.30 petang.

WBF Jaga Kebajikan Petugas Penjawat Awam Selangor

Dalam pada itu, Ahmad Fadzli berkata antara tujuan lain pelaksanaan WBF tersebut adalah untuk menjaga kebajikan penjawat awam di Selangor agar dapat menjalankan tugas dengan lebih selesa dan seimbang sepanjang tempoh berpuasa.

“Kerajaan negeri Selangor sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan penjawat awam terpelihara tanpa menjejaskan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan, selaras dengan usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam demi kepentingan rakyat,” ujar beliau.

Source: