“Kali pertama saya dengar isu begini” – Isu Graduan Dilarang Hadir Tapi Disuruh Bayar, Dr Asyraf Wajdi Beri Respon

LocalPolitics
8 Apr 2026 • 4:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Seorang individu yang dipercayai graduan meluahkan rasa terkilan apabila dia dimaklumkan untuk tidak perlu hadir ke majlis konvokesyen untuk dirinya sendiri. Luah individu tersebut, dia juga diarahkan untuk mengisi maklumat sebagai ‘tidak hadir’ dan harus membuat pembayaran.

Menerusi Threads miliknya, individu tersebut menunjukkan gambar tangkap layar mesej daripada aplikasi WhatsApp yang mengatakan bahawa kuota untuk majlis konvokesyen tersebut sudah penuh.

Artikel berkaitan: “Anggap saya sebagai ayah sendiri” – Dr. Asyraf Wajdi Santuni Mangsa Tragedi Kebakaran 5 Sekeluarga

Perkongsian tersebut tular dan mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi, beliau mengatakan bahawa pihaknya telah membuat semakan dengan bahagian yang berkaitan.

Malah, beliau juga menyifatkan tindakan institut pengajian untuk mengenakan had kuota buat graduan sebagai tidak wajar. Jelasnya lagi, beliau juga baru pertama kali mendengar isu sebegini.

image is not available

Dalam pada itu, pelajar tersebut ada menjelaskan bahawa dia dikenakan bayaran sebanyak RM 70 berbanding RM 360 bagi yang hadir dan untuk mengelak salah faham, graduan tersebut menjelaskan bahawa mungkin kesilapan daripada pihaknya yang bayar lambat, bagaimanapun, ia masih belum melangkaui tarikh akhir pembayaran.

image is not available image is not available

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.