Kamarool Hj Yusoff atau Cik Man meninggal dunia hari ini.

EntertainmentMovie
5 Aug 2026 • 6:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kamarool Hj Yusoff atau Cik Man meninggal dunia hari ini.

KOTA BHARU: Pelakon filem dan drama Kamarool Hj. Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham yang terkenal dengan watak berkenaan melalui filem Rock dan Rock Oo itu meninggal dunia pada pukul 5.15 petang semasa menerima rawatan di Hospital Tanah Merah.

Sebelum itu, Allahyarham dimasukan ke Hospital Tanah Merah akibat masalah jantung.

Sementara itu pelakon dan pelawak tanah air Amir Raja Lawak memuatnaik khabar duka mengenai pemergian pelakon berusia 65 tahun ini.

“Semoga arwah abang Kamarool ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Selain Gila-Gila Remaja, Che Man turut popular melalui watak Chomprak bomoh siam menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan banyak lagi.-UTUSAN

The post Kamarool Hj Yusoff atau Cik Man meninggal dunia hari ini. appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved