Tak Mahu Kenderaan Hanya ‘Slow’ Depan Kamera, Pelaksanaan Sistem AwAS Ditambah Baik

LocalPolitics
7 Jan 2025 • 3:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kamera

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) akan ditambah baik untuk menurunkan kadar kemalangan serta meningkatkan kesedaran dan disiplin dalam kalangan pemandu di Malaysia.

Memetik laporan Astro Awani, sistem AwAS akan menggunakan mekanisme point-to-point iaitu dengan mengukur kelajuan purata kenderaan antara dua titik kamera berdasarkan jarak dan masa perjalanan.

Ada dua titik kamera

image is not available

Pelaksanaan ini lebih baik berbanding kaedah statik yang dilaksanakan sebelum ini. Jelas Anthony Loke, kamera statik ketika ini diletakkan di satu lokasi sahaja menyebabkan kenderaan hanya memperlahan kenderaan di hadapan kamera.

Kita tidak mahu pemandu memperlahankan kenderaan hanya di depan kamera itu, tetapi (perlahan) dalam satu jarak yang tertentu. Katakan antara titik A dengan titik B, kita ingin tahu pemandu menggunakan masa berapa lama. Kalau dia menggunakan kurang daripada masa yang sepatutnya, maksudnya dia pecut dan akan dikenakan tindakan (saman).

Letak di lokasi berisiko tinggi

image is not available

Sebagai langkah awal, pelaksanaan sistem point-to-point ini akan dilakukan di lokasi berisiko tinggi seperti kawasan berbukit di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di Genting Sempah serta Terowong Menora di Ipoh.

Lokasi ini dipilih kerana sering menjadi kawasan kemalangan, terutamanya melibatkan kenderaan berat seperti bas.

Objek Menteri Pengangkutan adalah untuk memastikan kenderaan perlahan dan tidak memecut semasa turun bukit.

#OhmediaNasihat

Langkah ini menunjukkan betapa pentingnya pematuhan had kelajuan untuk keselamatan kita semua. Sebagai pemandu, mari sama-sama tingkatkan kesedaran dan disiplin ketika memandu, terutamanya di kawasan berbahaya. Ingat, nyawa lebih penting daripada tergesa-gesa sampai ke destinasi!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Astro Awani