Kamera AwAS: "Temani" Anda Sepanjang Aidilfitri

LocalCars
16 Mar 2025 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perhatian buat semua pemandu di Malaysia!

Terdapat 17 lokasi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) yang dikenal pasti di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Pemasangan kamera di PLUS itu bertujuan untuk memantau pemanduan pengguna sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Berikut adalah lokasi:

ARAH UTARA

1. Kilometer (KM) 97.2 Kuala Muda

2. KM 174 Bandar Baharu

3. KM 204.6 Taiping

4. KM 299.9 Kampar

5. KM 375.9 Slim River

6. KM 301.6 Kajang

7. KM 214.4 Alor Gajah

8. KM 184.2 Jasin

9. KM 151.4 Pagoh

10. KM 1 Johor Bahru ke arah utara

ARAH SELATAN:

1. KM 96.3 Kuala Muda

2. KM 166 Seberang Perai Selatan

3. KM 214.4 Alor Gajah

4. KM 328.8 Behrang

5. KM 185 Bemban

6. KM 146.8 Pagoh

7. KM 1 Johor Bahru

Sementara itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menasihatkan orang ramai agar mematuhi peraturan jalan raya dan memandu dengan cermat kerana kamera AwAS sentiasa beroperasi untuk memastikan keselamatan pengguna.

"Patuhi peraturan dan pandulah dengan cermat kerana kamera AwAS sentiasa memerhati anda,” katanya.