Kamera Google Pixel 8 Dikatakan Akan Menggunakan Sistem HDR Baharu

TechnologyDigital
20 Dec 2022 • 7:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Pixel adalah antara peranti terbaik untuk mengambil gambar HDR. Tidak kira peranti mercu atau peranti kelas pertengahan, teknologi yang Google bawakan pada aplikasi Google Camera adalah cukup dahsyat.

Kini, pembangun bebas Kuba Wojciechowski menemui bukti yang Google Pixel 8 nanti akan menawarkan sistem HDR baharu. Ia dikatakan adalah staggered HDR atau HDR berperingkat. Dengan mengintegrasikan ciri ini dalam Pixel 8, hasil gambar HDR akan menjadi lebih berkualiti. Ciri ini membolehkan imej HDR berbeza pendedahan cahaya diambil secara serentak untuk menjimatkan masa pasca-proses.

image is not available

Kuba menemui bukti pada kod aplikasi Google Camer Go yang menyenaraikan peranti mercu Pixel 2023 akan menggunakan ciri ini. Peranti dengan kod nama Husky dan Shiba dijangka adalah untuk Pixel 8 dan Pixel 8 Pro. Kemudian ciri staggered HDR ini turut memerlukan sensor baharu, kerana tidak disokong pada ISOCELL GN1 yang digunakan pada Pixel 7. Ini mencadangkan yang Pixel 8 mungkin akan menggunakan sensor ISOCELL GN2.

Buat masa ini masih awal lagi untuk mengetahui butiran Google Pixel 8 dan Pixel 8 Pro. Sama-sama kita nantikan butiran lanjut mengenai ciri baharu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved