“Kami akan ambil tindakan undang-undang” – Dakwa Video ‘Diedit’, Pempengaruh Nafi Gelarkan Anak ‘Escort Girl’

Entertainment
22 Aug 2025 • 12:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pempengaruh yang juga bapa tunggal kini menjadi perhatian ramai selepas tular kandungan yang dimuat naik membabitkan anak perempuannya.

Ramai warganet meluahkan rasa kurang senang apabila budak perempuan yang masih bersekolah rendah itu digayakan dengan pakaian seperti wanita dewasa, bersolek dan berkasut tumit tinggi.

Bukan itu sahaja, bapa tunggal berkenaan juga dikecam apabila dikatakan ada menggunakan gelaran yang tidak sepatutnya seperti ‘mini wife’ dan ‘escort girl’ terhadap anak kandungnya.

image is not available image is not available

Nafi gelarkan anak ‘escort girl’

Sedar namanya menjadi perhatian, pempengaruh terbabit tampil bersuara menafikan dakwaan dia sendiri yang menulis gelaran ‘escort girl’ terhadap anaknya.

Katanya dalam satu hantaran terkini menerusi akaun media sosialnya, dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang telah mengedit dan menyebarkan video terbabit.

“Tidak ada satu pun dalam video yang kami upload menulis ‘escort girl’. Kami akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang telah edit dan sebarkan video tersebut.”

image is not available

Terdahulu, pempengaruh terbabit tampil menjelaskan bahawa anaknya sejak kecil gemar berhias kerana terbiasa menemaninya ke pelbagai majlis kerja dan sosial.

Mengenai istilah ‘mini wife’, beliau menegaskan ia hanyalah ungkapan sarkastik untuk membalas segelintir pihak yang kerap melabelkan anaknya dengan gelaran itu.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.