“Kami dilayan seperti binatang” – Hazwani Helmi Dedah Pengalaman Dalam Tahanan

Entertainment
5 Oct 2025 • 11:04 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas beberapa hari ditahan oleh tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, semua aktivis Malaysia yang ditahan akhirnya dibebaskan dan kini berada di Istanbul sebelum dijadualkan pulang ke tanah air seawal Isnin.

Antara yang dibebaskan ialah aktivis Global Sumud Flotilla, Hazwani Helmi, adik kepada selebriti Heliza Helmi, yang berkongsi pengalamannya ketika ditahan oleh tentera Israel.

Hazwani menceritakan detik tersebut dalam temu bual bersama Al-Jazeera sejurus selepas dibebaskan.

Dalam temu bual itu, Hazwani mendedahkan bahawa mereka yang ditahan telah dilayan seperti binatang oleh tentera Israel.

Selain merampas barangan peribadi seperti ubat-ubatan dan dokumen penting, tentera berkenaan turut mengambil barang milik peribadi lain tanpa sebarang penjelasan.

“Sehingga sekarang, kami masih belum dapat semula barangan kami. Dunia perlu tahu tentang kekejaman mereka,” ujar Hazwani.

Bukan itu sahaja, Hazwani Helmi turut berkongsikan layanan teruk yang diberikan oleh tentera itu kepada Greta Thunberg iaitu aktivis dari Sweden apabila Greta telah diseret dan bendera Israel telah ditekap pada wajahnya.

Difahamkan, setakat ini, (ketika artikel ini ditulis), Greta Thunberg masih lagi belum dibebaskan daripada tahanan tentera Israel.

Menerusi video temu bual Al-Jazeera yang sama juga, beberapa lagi aktivis dari negara lain turut berkongsikan pengalaman mereka dilayan dengan teruk ketika berada dalam tahanan tentera Israel.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.