“Kami jiran dah tahu lama perangai dia” – Isu Tabur Garam, Jiran Ali Puteh Buka Mulut?

Entertainment
14 Feb 2023 • 12:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di media sosial berkenaan isu harta peninggalan harta arwah Abam Bocey, Norhidayah yang merupakan balu kepada Abam telah melawat rumah peninggalan arwah untuk menuntut haknya.

Namun tiada siapa yang keluar dari rumah tersebut walhal terdapat beberapa buah kereta di situ. Lebih menyedihkan, rumah berkenaan berada dalam keadaan yang kotor serta bersemak-samun.

Sejurus Norhidayah dan peguamnya beredar dari situ, adik kepada arwah iaitu Ali Puteh memuatnaik sebuah video yang memaparkan ada taburan garam serta bangkai binatang di sekitar rumah tersebut.

Pun begitu, sejak semalam tular beberapa komen di Facebook daripada beberapa individu yang mengaku mereka adalah jiran kepada Ali Puteh dan mereka menceritakan sisi sebenar pelawak tersebut.

image is not available

“Ali ni memang hati dia berniat buruk, dia memang nakkan rumah tu, takut orang tuduh dia tamak harta arwah, dia letak adik dia.

Rumah tak terjaga, berhutan. Benda yang Ali dakwa tu adalah perbuatan abang ipar dia nak memburukkan Dayah,” tulisnya.

Malah, seorang lagi individu yang turut mengaku dia merupakan jiran kepada Ali Puteh menyatakan dia sendiri nampak pelawak itu keluar dari rumah berkenaan sejurus Norhidayah beredar dari situ.

Pun begitu, tak dapat disahkan sama ada apa yang didakwa mereka yang mengaku jiran kepada Ali Puteh ini benar atau tidak.

Hmm, harap dua-dua pihak selesaikan masalah ini secepat mungkin…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.