“Kami masih trauma” – Keluarga Mangsa Bun*h Hilang 2 Insan Tersayang Dalam Masa Sehari

Entertainment
5 Feb 2025 • 10:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes pembunuhan di mana seorang lelaki dibunuh dengan cara sangat kejam iaitu dibakar hidup-hidup.

Dua lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah dan polis pada mulanya mengklasifikasikan kes itu sebagai kejadian kebakaran biasa namun menukar kes itu kepada kes bunuh selepas siasatan mendapati terdapat unsur jenayah.

Anak kepada mangsa kejadian itu berkongsi dia telah kehilangan dua insan tersayang serentak dengan seorang meninggal dunia akibat dibakar hidup-hidup, manakala kakaknya pula akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Mohd. Akram Ibrahim, 30, berkata, kematian bapanya, Ibrahim Mydin, 61, merupakan satu tragedi kerana meninggal dunia pada hari sama kakaknya, ­Zainab, 35, dijemput Ilahi.

“Selepas ayah mati dibunuh, kakak pula meninggal dunia pada waktu zuhur hari yang sama selepas seminggu dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Dua kematian dalam satu hari, kami masih trauma, namun perlu banyak bersabar,” katanya.

Sebagai info, kes bermotifkan dendam itu membawa kepada penahanan lima lelaki sebelum dua penganggur, Mohd. Fitri Saiful Rizuan Musa, 29, dan Muhammad Haizan Abdul Rahim, 19, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.