‘Kami mengaku terlalu emosi’ – Syifa Melvin mohon maaf kepada bekas adik ipar

EntertainmentLifestyle
17 Nov 2026 • 3:38 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Syifa Melvin memohon maaf secara terbuka kepada bekas adik iparnya, Shafiq Shaheen menerusi hantaran di Threads.

Kakak kepada pempengaruh media sosial, Syida Melvin iaitu Syifa Melvin tampil memohon maaf secara terbuka kepada bekas adik iparnya, Shafiq Shaheen susulan tindakan membuat siaran langsung yang didakwanya telah mengaibkan lelaki berkenaan.

Menerusi hantaran di Threads, Syifa mengakui dirinya terlalu mengikut emosi sehingga mengambil keputusan untuk membuat siaran langsung berkaitan kemelut keluarga mereka.

“Salam, rendah diri dan rendah hati kami mohon maaf atas apa yang jadi. Kami mengaku terlalu emosi sampai buat live sekali gus mengaibkan Shafiq.

“To Shafiq kami minta maaf, we were once family,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Syifa turut menyatakan kesediaannya menerima segala kecaman yang dilemparkan terhadap mereka dan menganggap perkara itu sebagai akibat daripada tindakan sendiri.

“Kami terima segala kecaman sebab this is price we have to pay. Semoga selepas ini yang indah-indah je untuk kita semua,” katanya.

View on Threads
Image from: ‘Kami mengaku terlalu emosi’ – Syifa Melvin mohon maaf kepada bekas adik ipar

Bagaimanapun, permohonan maaf tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang menasihatkan agar masalah keluarga tidak didedahkan kepada umum.

Antaranya, personaliti media sosial Wak Doyok yang berpendapat bahawa urusan rumah tangga sepatutnya diselesaikan secara tertutup tanpa melibatkan orang luar.

“Urusan rumah tangga dalam rumah sahaja tahu. Orang lain tidak boleh tahu apa yang famili hadapi. Itu tanda kamu belum matang dalam kehidupan dunia.

“Dan jangan salahkan masyarakat atas apa yang berlaku sebab puncanya dari kamu juga,” tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Threads meluahkan rasa simpati terhadap suami Syifa, Safawi Rasid dan abang iparnya Shaheizy Sam kerana berpendapat reputasi serta kerjaya yang dibina selama ini boleh terjejas akibat satu siaran langsung.

Menjawab kritikan tersebut, Syifa sekali lagi mengakui kesilapan sendiri kerana membiarkan emosi menguasai diri ketika berdepan situasi berkenaan.

“Itulah, kami pun mengaku silap sendiri sebab emosi mengawal diri. Tapi jangan risau semua baik-baik je. Doakan kami ya,” balasnya.

The post ‘Kami mengaku terlalu emosi’ – Syifa Melvin mohon maaf kepada bekas adik ipar appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved