“Untuk Shafiq, Kau Pernah Jadi Family Kami” – Syifa Melvin Mohon Maaf, Malukan Bekas Ipar Di ‘Live’

Entertainment
17 Nov 2026 • 12:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan usahawan, Syifa Melvin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kontroversi melibatkan keluarganya dengan bekas suami adiknya, Syida Melvin iaitu Syafiq Azim baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Threads, Syifa mengakui dirinya bersama ahli keluarga terlalu mengikut perasaan sehingga bertindak membuat siaran langsung di media sosial yang akhirnya mengaibkan Syafiq.

Advertisement

The Melvins Akui Kesilapan Malukan Bekas Ipar

Dalam perkongsian tersebut, Syifa dengan rendah hati memohon maaf atas apa yang telah berlaku, khususnya kepada Syafiq yang pernah menjadi sebahagian daripada keluarganya.

the melvins

“Salam, Rendah diri dan rendah hati kami mohon maaf atas apa yg jdi,kami mengaku terlalu emosi smpai buat live sekaligus mengaibkan shafiq,To Shafiq kami minta maaf,u were once family.”

Syifa turut menyatakan kesediaannya untuk menerima segala kecaman daripada orang ramai sebagai akibat daripada tindakan yang dilakukan sebelum ini.

“To netizens,kami terima sgala kecaman sbb this is price we have to pay..Smoga selepasni yang indah2 je utk kita semua.”

Permohonan maaf tersebut dibuat selepas rakaman siaran langsung membabitkan Syida bersama ahli keluarganya ketika bertemu Syafiq di sebuah kediaman menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Netizen Gesa The Melvins Buat ‘Live’ Mohon Maaf Kepada Shafiq

Bagaimanapun, permohonan maaf Syifa menerusi Threads masih menerima pelbagai reaksi, termasuk daripada individu yang berpendapat permohonan maaf itu sepatutnya dibuat melalui siaran langsung seperti ketika kontroversi berkenaan tercetus.

Seorang pengguna mencadangkan agar semua ahli keluarga yang terlibat tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi siaran langsung.

“Buat live sesiapa adik beradik ko yang terlibat,permohonan maaf,setakat buat statment kat sini bukan semua org baca,pengajaran bagi adik beradik ko,ni cadangan aku.”

Menjawab komen tersebut, Syifa tidak menolak cadangan berkenaan, malah memberi bayangan bahawa mereka mungkin akan mengadakan siaran langsung selepas ini.

“Sabar la bang, satu satu lah hahahah nanti kami live okeh!”

Dalam masa sama, terdapat juga pengguna media sosial yang mempersoalkan keikhlasan permohonan maaf tersebut serta meminta ahli keluarga berkenaan mengambil pengajaran daripada kejadian itu.

View this post on Instagram

Seorang lagi pengguna Threads berpendapat bahawa tindakan membuat siaran langsung sebelum ini telah menjejaskan maruah Syafiq dan meminta keluarga Syifa tampil memohon maaf dengan cara yang sama.

“Korang satu Family patut pi buat live mintak maaf kat Syafiq, terutamanya adik bongsu ko…macam dia pulak mangsa… kononnya nak aibkan pihak Lelaki last2 satu family terlondeh…”

Bagaimanapun, Syifa menjelaskan bahawa hantaran permohonan maaf itu tetap boleh dilihat oleh Syafiq meskipun tidak dibuat menerusi siaran langsung.

“Takpe Shafiq akan nampak post ni, at least orang kat sini nampak ada pemohonan maaf utk Shafiq.”

Terdahulu, Syifa pernah tampil mempertahankan tindakan adik-beradiknya yang terlibat dalam pertikaian antara Syida dan bekas suaminya.

Menurut Syifa ketika itu, campur tangan ahli keluarga dilakukan atas dasar mahu memberikan perlindungan dan sokongan kepada Syida, khususnya apabila melibatkan soal keselamatan dan kebajikan ahli keluarga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dr fie2026-11-17 10:35:32

Suami Dr Fie Tawfek Dedah Status Kewangan Isteri - "Dia Mana Ada Hutang, Ada Pun Cuma Hutang...."

The post “Untuk Shafiq, Kau Pernah Jadi Family Kami” – Syifa Melvin Mohon Maaf, Malukan Bekas Ipar Di ‘Live’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved