“Kami mohon maaf” – ‘Mat Kilau’ Enggan Hadir Tayangan di Indonesia, Pihak Produksi Akhirnya Buka Mulut?

Entertainment
12 Aug 2022 • 11:37 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan semalam menjadi bualan ramai apabila pelakon utama filem tersebut Dato Adi Putra mengumumkan dia tidak akan hadir ke tayangan filem tersebut di Jakarta, Indonesia.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik dalam laman Instagram miliknya, dengan intonasi yang kecewa dia memberitahu pihak Studio Kembara Sdn Bhd tidak menjawab panggilannya.

image is not available

“Akan kerana ini, saya manfaatkan di media sosial agar mesej saya sampai ke pihak Kembara Studio.

InsyaAllah saya tidak akan hadir tayangan gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta. Terima kasih,” tulisnya.

Malah, dalam posting tersebut juga, ‘Mat Kilau’ juga berkata mahu menghadiahkan telefon bimbit kepada Kembara Studio agar mudah untuknya berkomunikasi dan berurusan dalam nada yang kelihatan sarkastik.

Pihak produksi akhirnya respond?

Menjengah ke ruangan komen, terdapat satu komen yang dipercayai wakil Kembara Studio mesej pelakon utama filem itu telahpun diambil maklum dan perkara itu akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan.

image is not available

Pun begitu, setakat ini tiada penjelasan mengenai isu di antara pelakon dan pihak produksi filem tersebut.

Harap ‘settle’ cara baik lah ye…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.