“Kami Okay Tak Ada Cerai Berai” - Alif Teega Perjelas Spekulasi, Mohon Maaf Tegur Isteri Secara Live

2 Nov 2023 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media, Alif Teega menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya telah berpisah dengan isteri, Aisyah Hijanah.
 
Alif menjelaskan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
 
“Tujuan saya buat video ini adalah untuk meleraikan apa sahaja spekulasi yang wujud. Korang jangan risau tak ada apa pun yang berlaku. Okay sahaja.
 
“Tak ada cerai berai ke apa, tak ada. Tapi inilah ujian, orang yang single diuji, orang yang berumah tangga pun diuji.
 
“Tapi apabila kita mendengar berita, khabar orang yang diuji ini apa yang kita boleh buat adalah mendoakan kebaikan dahulu,” katanya dalam video pendek tersebut.
 
Alif juga turut menjelaskan hantaran berhubung dia sudah 'move on' di TikTok sebelum ini tiada kaitan dengan perkahwinan mereka.
 
“Berkenaan live Aisyah, Aisyah sedang berniaga dan ada juga mendapat soalan daripada netizen mengenai video-video Alif. 
 
“Tapi sebenarnya video tersebut tiada sangkut paut dengan peribadi saya tetapi daripada IG Aisyah, sahabat-sahabat netizen mula kerumun pada post tersebut dan fikir bukan-bukan.
 
“Pada waktu itu, Aisyah sedang menjelaskan video tersebut adalah video healing yang dilakukan di sungai atas tujuan promosi buku. 
 
“Tetapi ianya telah mengundang spekulasi, jadi Aisyah sedang menjelaskan hal yang sebenar,” jelasnya

        View this post on Instagram                      

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)





















image is not available