Rumah Tangga Didakwa Sedang Bergolak, Alif Teega Jawab Persoalan Netizen

Entertainment
1 Nov 2023 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, ramai netizen mempersoalkan isu rumah tangga influencer dan usahawan, Alif Teega dan isterinya Aisyah Hijanah. Ia berikutan video yang telah viral tentang penyakit ain yang dimuat naik oleh Aisyah dan rakaman live di TikTok, Alif sedang menegur Aisyah.

Semalam, satu video dimuat naik oleh Alif menjelaskan keadaan rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak.

@alifteega

Bismillahirrahmanirahim, tujuan saya post ini adalah utk meredakan situasi yg berlaku. Apa yg berlaku ni ujian buat kami. Tujuan saya adalah utk fokus kpd keluarga dahulu Berkenaan live Aisyah semalam, Aisyah sdg berniaga & ada juga mendapat soalan drpd netizen mengenai video-video saya yg bertajuk ‘melepaskan’. Video tersebut tiada sangkut paut dgn peribadi saya tetapi drpd IG Aisyah, netizen mula kerumun pd post tersebut. Pd waktu itu, Aisyah sdg menjelaskan video tersebut adlh video healing yg dilakukan di sungai atas tujuan promosi buku. Tetapi ianya telah mengundang spekulasi, jadi Aisyah sdg menjelaskan hal yg sebenar. Dan pd waktu itu, Saya tidak tahu Aisyah sdg menjelaskan hal sebenar & bukanlah mengaibkan saya mahupun rumah tangga. Saya yg pd waktu itu mungkin terikut emosi sehingga terus menegur sewaktu live Saya ada silap, Aisyah pun ada silap. Kami telah pun bersama mencari hikmah & pengajaran drpd apa yg terjadi. Saya & Aisyah memohon maaf atas segala spekulasi yg berlaku. Terima kasih kpd Aisyah atas usaha, tidak henti-henti mencari jalan utk merubat gangguan tersebut. Dan, terima kasih buat rakan-rakan, masyarakat yg menjadi penasihat kami sepanjang ketegangan yg berlaku. Sbg ketua keluarga, Saya sayangkan isteri & anak-anak saya. Dan, saya akan mempertahankan apa yg telah kami bina bersama

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Dah jumpa tiga ustaz, jawapan hampir sama

Sebenarnya, Aisyah telah membawa Alif berjumpa dengan tiga orang ustaz untuk rawatan Islam dan jawapannya hampir sama iaitu penyakit ain dan sihir. Alif menjelaskan, sihir boleh memusnahkan segalanya termasuklah rumah tangga, persahabatan, kekeluargaan dan bisnes.

Kebetulan upload posting pada waktu sama

Mengenai hantaran video quotes tentang ‘melepaskan’ yang dimuat naik olehnya di TikTok baru-baru ini. Sejak itu, ramai netizen mula mempersoalkan tentang hubungan mereka.

Kalau korang tengok TikTok Alif, go through sampai bawah..memang begitu Alif punya posting.. tentang melepaskan, merelakan, move on.

Kebetulan juga video quotes tersebut dimuat naik pada waktu sedangkan ia tiada kaitan dengan IG Story Aisyah.

Alif ‘terjah’ Aisyah sewaktu live

Menurut Alif, semasa Aisyah sedang menjual buku di live, ramai netizen bertanya kepadanya mengenai video tentang ‘melepaskan’ yang dimuat naik oleh Alif.

Aisyah sedang menjelaskan video tersebut adalah video healing yang dilakukan di sungai atas tujuan promosi buku. Tetapi ianya telah mengundang spekulasi, jadi Aisyah sedang menjelaskan hal yg sebenar.

Dia mengakui kesalahannya kerana terlalu mengikut emosi menegur Aisyah ketika sedang live. Alif juga menyelit pesanan kepada orang ramai supaya bersangka baik tentang apa yang dilihat di media sosial.

Sebagai ketua keluarga, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya. Dan, saya akan mempertahankan apa yang telah kami bina bersama.

Ramai netizen di ruangan komen mendoakan agar hubungan rumah tangga mereka sentiasa dalam keadaan yang baik.

image is not available

image is not available

Ada juga netizen yang berpesan untuk mereka mengurangkan hantaran tentang rumah tangga di media sosial.

image is not available image is not available

Moga Alif dan Aisyah baik-baik saja ye!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.