“Kami Siasat Ismail Sabri Tanpa Melihat Kedudukan, Tiada Arahan Daripada Sesiapa & Bertindak Sendiri” – Azam Baki

LocalPolitics
3 Mar 2025 • 8:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Sinar Harian, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang arahan daripada mana-mana pihak untuk mengarahkan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

image is not available

Katanya, siasatan terhadap Perdana Menteri yang ke-9 itu dilakukan selepas mendapat aduan dan maklumat yang diterima oleh SPRM.

Kami menyiasat secara profesional dan adil, tanpa melihat sebarang darjat atau kedudukan. Tiada arahan daripada sesiapa. Kami bertindak sendiri.

Menurut Azam lagi, pihaknya akan menyiasat perkara ini dengan teliti serta akan menyiasat sesiapa sahaja yang disyaki terlibat serta mendapat manfaat.

image is not available

Sekadar info, Ismail Sabri telah disiasat untuk kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan serta perolehan dana bagi tujuan promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia.

image is not available 21 hours ago

Bukan Lagi Saksi, Ismail Sabri Kini Suspek Kes Rasuah & Pengubahan Wang Haram